CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1407|Reply: 3

[Sarawak] UPDATE : Mayat operator jengkaut tertimbus runtuhan batu di Bau telah ditemui

[Copy link]
Post time 14-9-2021 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 14-9-2021 02:32 PM
BAU, 13 September: Penjelasan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem berkenaan insiden runtuhan batu di tapak kuari di Jalan Tanjung Durian, Seniawan petang tadi.

Seorang lelaki bersama jentolaknya tertimbus di bawah runtuhan batu yang dianggarkan sebesar 20 meter.

Usaha mengeluarkan mangsa, Anthony Kanna berusia 48 tahun sedang dijalankan.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 07:13 AM | Show all posts
BAU, 13 September: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang tertimbus dihempap runtuhan batu di sebuah kuari di Jalan Tanjung Durian, Seniawan ditangguhkan jam 8.45 malam tadi atas faktor keselamatan dan cuaca gelap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Tawang Lingem berkata mangsa dikenali sebagai Anthony Kanna berusia 48 tahun masih belum dijumpai dan operasi akan disambung esok.

Katanya, sekitar jam 3.18 petang, pihaknya dimaklumkan kuari berkenaan telah roboh dan berlaku runtuhan batu bersaiz 20 meter sebelum menimbus sebuah jentolak bersama operatornya yang sedang bertugas.

Beliau memberitahu ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja meratakan tapak batu.

Dedahnya lagi, satu aktiviti mengebom bagi memecahkan batuan di kawasan kuari itu dilakukan pagi tadi dan dipercayai ia menyebabkan struktur batu tidak stabil sebelum runtuh.

Ujarnya, sebuah jentera penebuk turut digerakkan ke lokasi bagi membolehkan bom dipasang, khusus untuk memecahkan batu yang menimpa mangsa.

credit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 02:33 PM | Show all posts
BAU, 14 September: Mayat operator jengkaut yang tertimbus dihempap runtuhan batu di tapak kuari di Jalan Tanjung Durian, Seniawan ditemui tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Lingem berkata mangsa dikenali sebagai Anthony Kanna berusia 49 tahun berjaya dikeluarkan jam 12.23 tengah hari.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau dalam kenyataan memberitahu jentera jengkaut milik syarikat kuari berkenaan berjaya mengorek dan menjumpai sebahagian tempat duduk mangsa yang tertimbus sebelum usaha mengeluarkan mangsa dilakukan.

Dalam kejadian sekitar jam 3.18 petang semalam, seorang lelaki bersama jengkautnya tertimbus di bawah runtuhan batu bersaiz 20 meter.

Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja meratakan batu.

Turut berada di lokasi kejadian hari ini ialah Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Tiong Ling Hii.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 02:34 PM | Show all posts
Alhamdulillah dah d jumpai ...

R.I.P

Takziah buat keluarga ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.117456 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list