View: 937|Reply: 1
|
Baddrol puas ledak tujuh gol
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Baddrol Bakhtiar merealisasikan sasarannya untuk menjadi penjaring terbanyak kategori pemain tempatan dengan jumlah tujuh gol selepas menang 4-1 ke atas Melaka United di Stadium Darul Aman semalam.
Beliau bersyukur kerana nombor 7 yang sinonim dengan dirinya selama ini bagaikan membawa tuah dan kejayaan dalam kariernya.
"Saya mula berazam menjadi penjaring terbanyak tempatan sejak awal musim lagi dan dengan tujuh gol ini saya sangat bersyukur. Saya ambil cabaran dengan sikap positif apabila terdapat andaian mengatakan saya tidak mampu menghasilkan gol, namun saya sahut cabaran itu secara positif dan akhirnya hasrat itu tercapai.
Dia juga gembira dengan kejayaan dicapai skuad Hijau Kuning yang berjaya mengekalkan kejayaan selaku naib juara Liga Super pada musim ini.
"Saya bersyukur dapat meraih tiga mata penting untuk membolehkan kami muncul sebagai naib juara musim ini. Saya mahu memberi pujian kepada rakan sepasukan kerana bermain sepenuh hati serta mengikut segala arahan dan perancangan diberikan ketua jurulatih Aidil Sharin.
"Setiap masalah ditempuhi itu sebagai cabaran dalam kerjaya bola sepak dan satu cabaran motivasi untuk kami bangkit mendapatkan kejayaan," katanya.
Dengan prestasi semasa ditunjukkan Kapten Kedah itu, beliau kini juga bersedia menyahut cabaran sekiranya dipanggil menyertai skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.
Sementara menantikan aksi Piala Malaysia bermula hujung bulan ini, Baddrol akan menunaikan hasrat anaknya yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi selepas mendapat cuti rehat dari pasukan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
BADDROL muncul penjaring tempatan terbanyak dalam saingan Liga Super musim ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|