CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4510|Reply: 23

Britney Spears, Sam Asghari akhirnya bertunang

[Copy link]
Post time 14-9-2021 01:19 AM | Show all posts |Read mode

BRITNEY dan Sam mengikat tali pertunangan selepas lebih empat tahun bercinta.

Britney Spears, Sam Asghari akhirnya bertunang

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal, Britney Spears mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan pertunangannya dengan kekasih, Sam Asghari selepas lebih empat tahun bercinta.

Pengumuman tersebut dibuat Britney menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya kira-kira enam jam lepas.

“Saya masih tidak percaya,” tulis Britney ringkas pada ruangan kapsyen video tersebut.

Dalam pada itu pengurus kepada Asghari, Brandon Cohen mengesahkan berita gembira tersebut kepada portal People.

“Pasangan itu merasmikan hubungan mereka pada hari ini dan sangat tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang yang diberikan orang ramai terhadap mereka,” kata Cohen.

Cohen turut memberitahu, cincin tunang Britney direka oleh pereka barang kemas, N.Y.C , Roman Malayev.

Britney, 39, dan Asghari, 27, yang merupakan seorang pelakon dan jurulatih kecergasan mula bercinta selepas bertemu di set penggambaran video muzik Slumber Party pada 2016.

Britney sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun yang sama, Britney berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline.

Menerusi perkahwinan tersebut Britney dikurniakan dua orang anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007.

Terdahulu, Britney mengejutkan dunia dengan pengakuan kepada Mahkamah Los Angelas, Amerika Syarikat apabila mengatakan dirinya mengalami kemurungan teruk kerana kehidupannya dikawal seperti hamba oleh bapanya sendiri.

Bapanya, Jamie Spears diberi hak penjagaan oleh mahkamah untuk menguruskan kehidupan dan aset penyanyi itu yang dianggarkan menilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu selepas Britney disahkan mempunyai masalah mental.

Dedah Britney, bapa dan pihak pengurusannya menghalang rancangannya dan Asghari untuk berkahwin serta memiliki anak apabila memaksanya memasang alat pencegahan kehamilan.

Bapa penyanyi itu bagaimanapun telah melepaskan hak sebagai penjaga terhadap kehidupan peribadi Britney pada 2019 disebabkan masalah kesihatannya, namun masih menjadi penjaga yang sah untuk urusan karier seninya. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 07:28 AM | Show all posts
depa bertunang di PJ kah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 08:17 AM | Show all posts
iols visit ig kak britney semalam.. hurmmmm... nampak weng sgt la..

dia ok ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap Britney happy dengan partner fiancé.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyooo apa masalah iol baca kaka britney dah bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tula sheols meh umum nk tunang kt pj ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2021 06:54 PM | Show all posts
Akaun Instagram Tiba-Tiba Hilang! Ini Penjelasan Britney Spears


Baru-baru ini, penyanyi antarabangsa, Britney Spears telah mengejutkan peminat dari seluruh dunia apabila  akaun Instagramnya dikatakan telah dipadam.

Menurut laporan media antarabangsa, Britney kini sedang bergembira dan berada di tempat yang baik.

“Dia gembira dan berada di tempat yang baik. Ini keputusannya.” jelas sumber

Britney Spears Tampil Beri Penjelasan



Menerusi laman Twitter, Britney tampil menjelaskan bahawa beliau mahu berehat sebentar dari media sosial untuk meraikan pertunangan bersama teman lelakinya, Sam Asghari.

“Jangan risau..hanya berehat sebentar dari media sosial untuk meraikan pertunangan saya. Saya akan kembali.”-Tweet Britney



Untuk info, pada 13 September, bintang Pop itu baru sahaja bertunang setelah dilamar teman lelakinya , Sam Asghari selepas lima tahun bercinta. Malah,  beliau turu  meluahkan rasa terujanya setelah dilamar.

“I can’t fu*cking believe it 💍💍💍💍💍💍❣️!!!!!!”-tulis Britney

  


Biarkan Britney berehat sebentar dari media sosial..Nantikan kemunculannya nanti!!

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
BS dah bebas dari bapak dia ke? Sekarang dia take full charge semua aset dan apa2 keputusan dia sendiri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn lupe prenup ye britney.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mimirahim replied at 19-9-2021 03:30 PM
jgn lupe prenup ye britney.

Prenup ni yg psl harta kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 05:04 PM | Show all posts
dulu dia nih comel sungguh. terbayang2 video klip sometimes tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 20-9-2021 07:43 AM
Prenup ni yg psl harta kan?

aah. harap tak pisang tak berbuah 2 kali mcm kevin dulu . akeshian brit
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 04:48 PM | Show all posts
mimirahim replied at 22-9-2021 09:32 AM
aah. harap tak pisang tak berbuah 2 kali mcm kevin dulu . akeshian brit

Llaki muda nak khwin prmpuan tua msti lh ada sbab trtntu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 22-9-2021 04:48 PM
Llaki muda nak khwin prmpuan tua msti lh ada sbab trtntu.

Couldnt agree more
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 12:13 AM | Show all posts
so lepas ni acik brit kena convert lah ye? walaupun si sam ni pon moslem ala kadar jah khuenz...kalau laki acik janet tuh nampak lah jugak moslemnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Truefeelings replied at 23-9-2021 02:57 PM
Couldnt agree more

Dan dh stentunya psl duit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg taste lelaki iran ye si Britney ni..dulu Adnan ghalib , Sam lutfi now si Sam ni..takut 2x5 je ngan Kevin white trash tu..white man yg stable tak ingin kot kapel ngan pempuan ngan dia..satu hal nak Jaga pempuan weng
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
baca dekat ig byk minah saleh ckp laki ni nk duit britney jer.. ye la kot kalau boleh dpt pmpuan muda hot kenapa nk acik britney dah kertu lg weng..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 28-9-2021 12:13 AM
so lepas ni acik brit kena convert lah ye? walaupun si sam ni pon moslem ala kadar jah khuenz...kala ...

sam tu muslim ke? arab tu ye.. muslim x kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 20-9-2021 05:04 PM
dulu dia nih comel sungguh. terbayang2 video klip sometimes tu

ye comel.. sgt2 ye.. sama ngan christina jgk.. tp christina start putus wayar ms album stripped.. dlm2 putus wayar christina ni bijak..
britney ni mcm weng sgt.. baru ni belanja gmbr bogel kat ig.. motippppp
kalau zaman bomt, oida dulu selera la nk tgk.. ni da loyot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050312 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list