View: 1142|Reply: 1
|
Kerja keras KDA FC buah hasil
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak melahirkan rasa syukur diatas pencapaian pemainnya yang bergelar naib juara seterusnya layak beraksi di pentas Piala AFC musim depan selepas menamatkan saingan Liga Super dengan kemenangan 4-1 ke atas Melaka United di Stadium Darul Aman semalam.
Empat gol yang dihasilkan KDA FC masing-masing oleh Kipre (dua gol) Baddrol Bakhtiar dan Fayadh Zulkifli pada perlawanan itu berjaya menjulang pasukan berkenaan pada kedudukan kedua terbaik Liga Super untuk dua tahun berturut-turut.
Bagi pengendali berusia 44 tahun dari Singapura ini, segala rintangan, cabaran serta penat lelah yang dilalui skuadnya sepanjang musim 2021 ini adalah perkara yang tidak mudah dilupakan kerana pada masa yang sama beliau perlu mengekalkan tahap momentum termasuk motivasi pemain untuk sentiasa bangkit memburu setiap kejayaan.
"Saya bersyukur, pemain menunjukkan komitmen dan kerja keras mereka seratus peratus dengan melakukan tugas cemerlang pada musim ini kerana mereka sangat inginkan pasukan berada di tangga kedua liga sekali lagi pada musim ini dan saya gembira dengan hasil kejayaan yang kami perolehi ini."
"Perjalanan kami pada musim ini tidak mudah sebenarnya, ada naik dan ada turun melihat kepada konsistensi pasukan, tambahan pula terdapat pemain penting yang mengalami kecederaan termasuk dua pemain utama kami yang tidak dapat beraksi kerana mewakili negara masing-masing dalam saingan antarabangsa.
"Namun begitu, saya tetap memuji tahap pencapaian terbaik pemain dengan semangat juang yang mereka tunjukkan sepanjang musim ini, dan saya berharap tempo terbaik ini akan dibawa untuk saingan seterusnya Piala Malaysia nanti." katanya.
Tambah Aidil, beliau terpaksa melakukan beberapa perubahan taktikal dan kerana tidak memiliki skuad besar dengan pasukan kedua seperti Terengganu FC, Selangor FC, JDT FC dan lain-lain, kerana apa yang Kedah miliki hanyalah 25 pemain yang diharapkan.
"Perlu diingatkan, beberapa pemain kami juga mengalami kecederaan, ditambah pula ketiadaan Rozaimi Abdul Rahman yang tidak lagi bersama pasukan kerana alasan keluarga, serta beberapa pemain lagi yang turut mengalami kecederaan panjang seperti Rodney Celvin, Syazwan Tajudin, dan jika dikira semuanya, skuad kami hanya ada kekuatan 21 pemain sahaja termasuk tiga penjaga gol.
"Jadi saya perlu mengimbangi kekuatan pasukan dan melakukan beberapa pertukaran dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan saya juga perlu memastikan pemain tidak tertekan bagi berhadapan tekanan jadual lagi meletihkan.
"Alhamdulillah pemain tidak meluahkan rasa tertekan setiap kali pertukaran itu berlaku dan mereka mengikuti arahan dengan baik, dan walaupun kami dibolosi satu gol malam ini (semalam) tapi secara keseluruhan pemain pertahanan kami melakukan tugas dengan baik kali ini." katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka United Zainal Abidin Hassan mengakui banyak 'kerja rumah' bakal dilakukan oleh skuadnya sebagai persiapan bagi meningkatkan lagi keupayaan pasukan itu untuk menghadapi cabaran saingan Piala Malaysia selepas ini. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak |
|
|
|
|
|
|
| |
|