View: 3042|Reply: 18
|
Shopee kongsi statistik jualan 9.9
[Copy link]
|
|
Shopee 9.9 – Pelitup Muka Menjadi Produk Paling Popular, Lebih 10 Juta Keping Terjual
Diterbitkan pada 13 Sep 2021. oleh Aman.
Shopee hari ini berkongsi statistik semasa berkaitan jualan Shopee 9.9 yang lepas. Menurut Shopee, sebanyak 45 juta barangan telah terjual melalui platform Shopee di seluruh ratau, dalam hanya 99 minit pertama sahaja.
Salah satu produk yang popular dijual pada Shopee 9.9 adalah pelitup muka, dimana lebih 10 juta keping pelitup muka dijual, terutamanya jenis KF94 dan KN95.
Shopee juga menyaksikan lebih 4,000 unit benang kait dibeli pengguna pada 9.9, menyaksikan perkembangan hobi baharu dikalangan pengguna tempatan.
Dari segi pejual pula, Shopee mengatakan jualan 9.9 memberi manfaat kepada lebih 70,000 PKS tempatan yang baharu menyertai jualan 9.9 buat pertama kali.
Disamping itu, sekitar 50PKS telah melihat catatan jualan purata berjumlah kira-kira RM350,000 pada hari berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mostly beli barang2 umah ngan grocer kat shopee je. Malas nak gi mall. Dpt coin |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x termasuk.. Aku layan lazada saja.. Hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Kempen jualan Shopee manfaat lebih 70,000 perusahaan mikro
Oleh Alzahrin Alias - September 13, 2021 @ 12:56pm
KUALA LUMPUR: Kempen membeli belah 9.9 Hari Pembelian Hebat anjuran Shopee memanfaat kepada lebih 70,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang baru menyertainya platform jualan itu.
Ketua Pegawai Operasi Shopee Malaysia, Terence Pang, berkata pihaknya menyaksikan permulaan yang memberangsangkan bagi kempen membeli belah akhir tahun sekali gus memacu usaha berterusannya dalam digitalisasi perniagaan.
Beliau berkata, kempen itu juga meletakkan 50 PMKS berada di kedudukan teratas berdasarkan prestasi pendapatan jualan dalam satu hari dengan jualan purata sekitar RM350,000.
Peniaga juga katanya menyaksikan peningkatan jualan semasa 'Midnight Madness Sale' dari 12 tengah malam hingga 2 pagi apabila jumlah trafik pengguna melonjak tiga kali ganda berbanding hari biasa dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September lalu.
"Shopee Malaysia teruja dengan prestasi ini. Ini juga mengukuhkan lagi peranan kami dalam dalam menyediakan platform bagi peniaga tempatan berhubung dengan pelanggan mereka.
"Lebih daripada itu, ia adalah satu inspirasi untuk melihat lebih daripada 70,000 peniaga tempatan baharu mengambil bahagian dan menerima manfaat daripada kempen 9.9 kami tahun ini.
"Ini menunjukkan bahawa lebih banyak perniagaan di Malaysia sedang mendigitalisasikan operasi mereka. Kami berharap dapat membantu mereka memanfaatkan ekosistem dan sokongan pemasaran Shopee yang bersepadu, bagi merebut peluang pertumbuhan baharu dan menjangkau pelanggan yang mengutamakan saluran atas talian atau 'online-first'," katanya dalam satu kenyataan.
Pang berkata, bagi segmen pembeli pula, antara produk yang banyak terjual adalah penutup hidung dan mulut terutamanya jenis KF94 dan KN95, dengan lebih 10 juta keping direkodkan terjual pada 9 September.
Beliau berkata, pelindung muka atau 'face shield' dan sut PPE juga antara barangan yang paling laris dibeli pengguna.
Pada masa yang sama katanya, ketika rakyat masih kekal berhati-hati dan memilih untuk duduk di rumah, kelambu nyamuk magnetik DIY juga antara produk yang banyak dibeli, lebih daripada 15,000 unit.
Selain itu katanya, Shopee juga menyaksikan pengguna semakin banyak menggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan memberikan lebih nilai.
"Dengan jumlah kedai luar talian yang menerima ShopeePay meningkat sebanyak 35 kali ganda dari tahun ke tahun, pengguna mengambil peluang untuk menikmati penjimatan hingga RM9 apabila mereka membeli Baucar ShopeePay dengan harga hanya 1 sen pada 9.9 Hari Pembelian Hebat dari portal dalam aplikasi Deals Near Me.
"Antara kedai yang menerima ShopeePay yang mencatatkan prestasi terbaik termasuk Petron, MR DIY, Eco-Shop, Family Mart, Lotus's, KK Mart dan Tealive," katanya.
Pang berkata, bagi prestasi serantau Shopee pula, lebih daripada 45 juta barangan dijual dalam masa 99 minit pertama kempen jualan itu.
Beliau berkata, pembeli juga menikmati penjimatan yang lebih dengan 60 juta baucar dituntut dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September semasa 'Midnight Madness Sale'.
|
|
|
|
|
|
|
|
takde total RM ke? taknak publish sebab lower than previous campaign?
sure dah terjejas sikit semenjak kedekut free shipping ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg shopee kdekut..haha..
Tp baru ni dpt rm8 vocher min spend rm 0 sbb jwb survey apa ntah bpe bulan lpas..lupa..
So time 9.9 baru ni dpt la grab shawl jnama iols slalu pakai..
Rm 45 satu tolak rm 8 ni..tolak coins..tolak kdai pnya voucher dpt la rm24.. puas ati sbb kdai shawl tu jrg sale dlm shopee.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 13-9-2021 01:12 PM
Aku x termasuk.. Aku layan lazada saja.. Hahahaha.
Kenapa kak tak suka shoppe? I mcam nampak jugak few other threads kak prefer lazada, tapi curious. Kalau panjang sangat ulasan kak, maybe boleh simpulkan jawapan tak lebih 50 patah perkataan? (15 markah) |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 14-9-2021 04:31 PM
Kenapa kak tak suka shoppe? I mcam nampak jugak few other threads kak prefer lazada, tapi curious. ...
Muahahahaha.. Shopee backup seller.. Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 14-9-2021 04:39 PM
Muahahahaha.. Shopee backup seller.. Sekian.
Oohh ok2 faham2.. saja tanya ingat something yang I pun boleh consider.. cause so far I beli mana2 murah.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 14-9-2021 04:41 PM
Oohh ok2 faham2.. saja tanya ingat something yang I pun boleh consider.. cause so far I beli mana2 ...
Tanya ja.. Nanti kak sarah skodeng kat lazada dan shopee.. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Anyway.. Walaupun thread shopee.. Aku nak bgtau.. Aku dpt grab masa 9/9 baru ni 12 pek alcosm × 50 pcs dgn harga RM86.66. Harga sebenar utk 12 pek kalau aku beli tanpa sale RM13.50 sepek.. jadi aku dpt jimat RM60 juga |
|
|
|
|
|
|
|
Btol la tu, Shopee dah kedekut free shipping. So aku tanam pokok je la siram hari2 untuk dapat coin. Ade yang rajin menyiram jugak ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba juga try2 beli kt lazada. Tapi shipping dia lambat walaupun beli barang dalam malaysia je.
|
|
|
|
|
|
|
|
aegisrunestone replied at 15-9-2021 09:47 AM
Cuba juga try2 beli kt lazada. Tapi shipping dia lambat walaupun beli barang dalam malaysia je.
Skrg lambat sbb parcel byk....tahun lepas 2 hari sampai.. Dan ikut seller juga. Ada seller suka post barang betul2 due date kena post |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Tgk seller ambil masa hujung2 baru seller post out. Tu beralih shopee juga tp tunggu je la ada free shipping since free shipping limited sangat sekarang. Hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
aegisrunestone replied at 15-9-2021 09:54 AM
Betul. Tgk seller ambil masa hujung2 baru seller post out. Tu beralih shopee juga tp tunggu je la ...
Lazada bg free shipping sehari 2...kena rajin pecah telur.. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Hizert replied at 15-9-2021 09:38 AM
Btol la tu, Shopee dah kedekut free shipping. So aku tanam pokok je la siram hari2 untuk dapat coin. ...
Iols rajin bercucuk tanam kat shopee. Walaupun coins dah banyak hahah saja isi masa lapang |
|
|
|
|
|
|
|
sale 9.9 ni memang berhantu bg aku...
byk gak aku borong..
barang rumah (sabun) dgn brg anak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|