CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1189|Reply: 5

[Sarawak] 11 lelaki didenda kerana palsukan keputusan ujian calitan COVID-19

[Copy link]
Post time 13-9-2021 07:09 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Lima lelaki didenda RM5,000 setiap seorang manakala enam lagi masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah memalsukan keputusan ujian RT-PCR COVID-19.

Kesemua 11 lelaki berusia antara 20an hingga 54 tahun berkenaan mengaku bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Zaiton Anuar menetapkan lima individu untuk didenda RM5,000 atau lima bulan penjara setiap seorang sekiranya gagal membayar.

Mereka adalah Sidi Kuteh; Rudy Marlino Mansor; Ahmad Shabry Ayub; Ahnaf Firas Ibrahim dan Muhammad Abdul Rahman.


Majistret Zubaidah Sharkawi pula menetapkan tertuduh Afendi Julaihi; Muhammad Asfia Kedirhasan; Mohd Al-qayyum Manura; Wan Ameerul Syafiq Wan Saiftuddin; Anuar Johny dan Amry Sham Abu Rahim, masing-masing didenda RM1,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar.

Kesemua tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 1 Julai lalu, namun menukar pengakuan berkenaan dalam sebutan kes hari ini.

Mengikut pertuduhan, kesemua 11 tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu keputusan ujian RT-PCR COVID-19 pada sekitar Februari lalu, semasa berada di Lapangan Antarabangsa Kuching (LTAK).

Mereka yang menaiki penerbangan dari Semenanjung Malaysia, dikatakan masuk ke Sarawak menggunakan keputusan ujian palsu tersebut.

Difahamkan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang bertugas pada hari kejadian mendapati nombor rujukan bagi ujian RT-PCR COVID-19 dikemukakan kesemua tertuduh adalah sama.

Sekretariat tersebut seterusnya mengesyaki kesemuanya memalsukan dokumen berkenaan.

Selain 11 individu tersebut, turut didakwa melakukan kesalahan sama di bawah Seksyen serupa adalah Awang Ikhwan Awang Mohamed Sulaiman, Saeful Salleh dan seorang pemuda berusia 20 tahun (pesalah muda).

Bagaimanapun, Majistret Zaiton menetapkan ketiga-tiga kes untuk disebut semula 18 Oktober depan.


Difahamkan, peguam Ikhwan memohon kes disebut semula pada tarikh lain dengan tujuan untuk meneliti semula dokumen sementara Saeful tidak dibenarkan masuk ke mahkamah susulan status risiko COVID-19 di aplikasi MySejahtera tertuduh menunjukkan warna selain daripada biru.

Manakala kes pesalah muda disebut semula pada tarikh sama, untuk mendengar laporan sosial.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj.

Tertuduh Awang Ikwan diwakili peguam dari Osman Ibrahim & Co. Advocates manakala pesalah muda, Rudy, Saeful, Ahmad Shabry, Sidi, Muhammad dan Ahnaf masing-masing diwakili peguam daripada Ziyyad Mohammad & Company Advocates.

Tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada tertuduh telah membayar denda tersebut.


Hafizah Abdul Hamid


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2021 07:15 AM | Show all posts
orang camni la menyusahkan ramai yang lain ...

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikap segelintir manusia yg macam ni lah yg buat kes mencanak naik. Akhirnya menyusahkan org lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2021 07:22 AM | Show all posts
acikbrown replied at 13-9-2021 07:17 AM
Sikap segelintir manusia yg macam ni lah yg buat kes mencanak naik. Akhirnya menyusahkan org lain.
payah kan ...

bila ada kes camni... kerajaan jadi bertegas ... makin payah untuk yang lain yang jujur


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib pegawai tu alert and noticed no surat rujukan semua sama.. Sangat2 irresponsible la dorang ni.. Dapat apa buat camni? .. Tak rasa bersalah ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 06:40 AM | Show all posts
ease replied at 13-9-2021 11:34 PM
Nasib pegawai tu alert and noticed no surat rujukan semua sama.. Sangat2 irresponsible la dorang ni. ...
bayang kan ... result tu -ve


tapi dier rang +ve ...


atas sebab ni la kerajaan jadi tegas ... nak jugak 14 hari kuarantin ...

bila dah 14 hari kuarantin ... ramai terbeban ...



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.306363 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list