Seekor ulas spesies katam tebu yang berjaya ditangkap pasukan APM Bintulu di sebuah rumah di Kampung Sebuan Besar Jepak pagi tadi.
BINTULU: Pemilik sebuah rumah di Kampung Sebuan Besar Jepak dikejutkan dengan kehadiran seekor ular berbisa jenis katam tebu yang dianggarkan sepanjang 1.5 meter pada bahagian siling rumahnya, hari ini.
Bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, pemilik rumah bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu bagi menjalankan khidmat khas menangkap ular berkenaan.
Menurut Pegawai APM Bintulu, Ra'idah Jomi, lima anggota ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada pemilik rumah pada jam 8.15 pagi
Pasukan APM katanya mengambil masa setengah jam bagi menundukkan reptilia berbisa yang mana ianya berjaya ditangkap dengan menggunakan penyepit khas.
"Sejurus berjaya ditangkap, ular terbabit diletakkan dalam kantung khas sebelum diserahkan kepada Sarawak Forestry, Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut," tambah beliau.
Ular katam tebu atau nama saintifiknya Bungarus candidus ialah sejenis ular berbisa dari keluarga Elapidae yang panjangnya boleh mencecah sehingga 3 meter panjang.
Post time 13-9-2021 07:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ular katam tebu atau nama saintifiknya Bungarus candidus ialah sejenis ular berbisa dari keluarga Elapidae yang panjangnya boleh mencecah sehingga 3 meter panjang.
Dear saintis, matamooo buteee ke? Ini jauh sgt nk jd calon bunga ros horkeh... sedemikian iols membantu budak2 zoologi mghapai nama katam innih hahahaaa
Post time 13-9-2021 07:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-9-2021 07:44 AM
kat tempat FC sekarang ni banyak si dia tu ...
kalo dengar siren Bomba tu ... 99.9% kes orang pa ...
Ih ih... fetish buku lali anak daro koh2.. meols speku tu ular jantan. Kalau kiter coum dia agak2 jd putera raja dak??? (Hahahaa kompom muka jd biru masuk surga tros)