View: 1762|Reply: 12
|
[Sarawak]
Sarawak pantau keperluan longgar SOP
[Copy link]
|
|
Kerajaan negeri Sarawak sentiasa memantau keperluan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 negeri itu mengikut situasi dari semasa ke semasa.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pemantauan itu juga melibatkan arahan kuarantin wajib 14 hari bagi kemasukan ke negeri berkenaan.
“Buat masa ini (kuarantin wajib 14 hari) masih berkuat kuasa. Kami masih lagi memantau situasi tersebut.
“Jika kita dah sampai pada satu tahap tertentu (yang lebih baik) iaitu apabila Kementerian Kesihatan maklumkan bahawa kita sudah capai ke satu tahap tertentu barulah kita boleh melihat semula SOP terutama mengenai kemasukan ke negeri ini,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di Sri Aman di sini hari ini.
Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri juga mempertimbangkan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi di negeri ini.
“Kita perlu lihat Program Imunisasi, sekiranya sudah lengkap sudah tentu ketahanan masyarakat terhadap COVID juga akan meningkat maka kita dapat buka sektor-sektor ekonomi.
“Kita perlu meneruskan hidup dengan COVID-19, setakat ini juga di Sarawak walaupun jangkitan tinggi, 99 peratus daripada kes positif adalah tidak bergejala. Ini menunjukkan kita sedang menuju ke peringkat endemik dan kita ada ketahanan kerana jangkitan tidak serius,” katanya.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana nk masuk sana kalau kuarantin 14 msih onzz? revise lah. bkn semua org byk cuti. patut bagi syarat buat swab test sblm masuk & kuarantin 3 hari lps tu buat swab test lagi. dah clear baru boleh release. |
|
|
|
|
|
|
|
selama buka threads pasal Covid dan Kerajaan ni ...
baru FC paham serba salah yang Kerajaan alami ...
ramai marah ... yer marah bila terpaksa tanggung sendiri kuarantin selama 14 hari ... yang Kerajaan tanggung sure senyap2 sambil selpie sana sini tunjuk bilik hotel yang mewah ...
bila kes naik sebab Kerajaan benar kan kemasukan walaupun atas permintaan rakyat sendiri ... Kerajaan juga salah kena marah ...
Mengimbau kembali SATU kes yang membuat kes Covid mendadak naik awal-awal dulu ... Kes PASAI.
Kes seorang perempuan yang kematian ayah nya ... hanya SWAB ... pastu d minta kuarantin sendiri d rumah - atas dasar kemanusiaan ...? atas dasar simpati ...?
Tengok kesan nya sehingga sekarang ... beribu ribu kes ...
Sekarang ni Kerajaan masih memerhati ...
“Buat masa ini (kuarantin wajib 14 hari) masih berkuat kuasa. Kami masih lagi memantau situasi tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 13-9-2021 06:48 AM
selama buka threads pasal Covid dan Kerajaan ni ...
baru FC paham serba salah yang Kerajaan ala ...
iya dek FC. org2 office kami yg kena travel ke sana sbb bekerja ni manalah larat nak kuarantin 14hari, self sponsor lagi duduk di hotel. ambil masa & mkn byk duit mcm tu. client pulak nak face 2 face kalau x, xnak clearkan hutang. tapi kita faham sbb varian delta dkt sana serious kalau compare dgn klang valley sini.
ape2 pun dek fc stay safe ye |
|
|
|
|
|
|
|
anak anak Sarawak yang tak dapat balik pun ramai yang bising dah ...
kesian juga baca ... tiket hangus sebab takde respin dari Pihak yang bertanggungjawab ...
client pulak nak face 2 face kalau x, xnak clearkan hutang. dasar kan ...
tapi tu la ...
serba salah sangat keadaan sekarang ni ...
You too.... stay safe juga tau ...
pa2 boleh tolong update juga
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 13-9-2021 07:18 AM
Sharing is Caring Stay Safe
Cara Balik/ Kemasukkan Sarawak 9/2021
maksud ikut jadual sdmc tu...acaner??? |
|
|
|
|
|
|
|
kena sentiasa berhubung dengan SDMC ... supaya memudahkan perjalanan mereka ...
sebab FC baca ... ramai yang tak dapat balik sebab tak dapat menghubungi SDMC walaupun dah siap semua dokuman atau apa saja yang d kehendaki ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ok jumpa ni ...
PROSES ENTER SARAWAK (SEMENANJUNG)
Ringkasan Procedure
1. BELI TIKET PENERBANGAN
- pastikan Tarikh penerbangan mengikut jadual yang ditentukan oleh MOTS.
Website : https://mot.sarawak.gov.my/
2. MOHON PERMIT POLIS
- Isi borang PERMIT PERGERAKAN (permit polis)
- Pilih borang yang betul ikut Kawasan mukim samada PKP atau PKPB
Borang PKP
- -R&c[0]=AT0EKSI1D3-TA0paXy0Am4NbVTv-MuTiwqywI0eXhKpcHI4kYjWRtwierYNTVvA9RWttgh_yTfGVVyoB471s-BXuyPb4IOlKSkSNUFsHXilK_7Sdq_Z_YMsk5KytFIh1K-0pP_d3SFy_aLI_ZmnquQpr0Oe3L6NrVhr18OopI7buXl7Lt985tZx9U7o9JlrdbE5pAA76YodH]https://www.rmp.gov.my/.../borang-permit-pergerakan...
Borang PKPB
- https://www.rmp.gov.my/.../borang-permit-pergerakan-pkpb...
- Pastikan ada 2 (DUA) salinan setiap document sokongan (Surat pengesahan urusan, Salinan IC depan belakang, tiket penerbangan)
3. BUAT (RT PCR -hidung dan tekak) SWAB TEST (3 HARI SEBELUM HARI PENERBANGAN)
- Kalau flight hari RABU, Swab Test hari ISNIN.
- pastikan keputusan 24jam sbb perlu isi Enter Sarawak
4. ISI ENTER SARAWAK
- Sediakan semua document (IC, Permit Polis, Fight Tickets, Surat Pengesahan, Surat Sokongan, Document Perkahwinan, Surat Tawaran, Keputusan Swab Test & semua document sokongan) untuk bukti (upload) dalam website.
- Pastikan E-mail betul.
- Bila LULUS, boleh guna barcode dalam profile (profile Enter Sarawak) atau approval kelulusan dalam E-mail.
- Kalau tiada balasan, atau rejected, boleh contact :
082-443991 (Hotline ) 011-40859282 (Whatsapp Only)
technical support : 013-5842759 (Whatsapp only)
Website : https://entersarawak.socoe.co/
5. ISI E-HEALTH
- dalam 12 jam masa dijangka landed
- Kalau dijangka landed jam 11am, isi E-Health bermula pukul 11 pm hari sebelum. (E-Health valid utk 12 jam)
- Screenshot page yg ada barcode.
Website : -R&c[0]=AT0EKSI1D3-TA0paXy0Am4NbVTv-MuTiwqywI0eXhKpcHI4kYjWRtwierYNTVvA9RWttgh_yTfGVVyoB471s-BXuyPb4IOlKSkSNUFsHXilK_7Sdq_Z_YMsk5KytFIh1K-0pP_d3SFy_aLI_ZmnquQpr0Oe3L6NrVhr18OopI7buXl7Lt985tZx9U7o9JlrdbE5pAA76YodH]https://ms.microweb.my/
6. PROCEDURE PPENERBANGAN
- Seperti biasa cuma sediakan semua documents yang perlu (Enter Sarawak & E-health tak perlu print)
- Datang awal, sbb risau urusan lambat sbb perlu check documents.
7. PROCEDURE DI DESTINASI
- Ikut arahan pegawai bertugas di destinasi.
- Sediakan semua documents termasuk BOARDING PASS.
- Quarantine Wajib 14 hari di hotel
- Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas.
8. TRANSIT
- Bagi mereka yang transit, quarantine 14 hari WAJIB di lokasi ‘FIRST ENTRY’.
- Book ticket penerbangan seterusnya (paling selamat) pada hari ke 15 (urusan last day dijangka lama)
SEMOGA BERMANFAAT
|
|
|
|
|
|
|
|
dah macam nk ke negara lain ... nk buat macamana ... ngan varian deltanya lagi ... bertabahlah sesape yg perlu pergi ke sarawak ... warga sarawak, please stay safe |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 13-9-2021 06:34 PM
ok jumpa ni ...
PROSES ENTER SARAWAK (SEMENANJUNG)
Terima Kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ...
FC heran juga ...
yang beria marah sebab tak dapat balik tu ...
tak kan tak paham buat masa sekarang ni...nak rentas daerah pun payah...
FC ni dah dekat 2 tahun dah tak balik kampung ...sama dalam Sarawak pun payah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
stress sgt tak dpt balik kg, tu yg marah ... i pon ade kwn2 yg dah setahun lebih tak balik kg ... mmg kesian. tp they know, risiko kalo balik kg - dengan mak pak yg dah berumur, ngan anak2 kecik lagi. tak tau nak kata ape, doa jer byk2 supaya covid cepat berlalu. take care ye fc. insyaAllah soon, dptlah balik kampung.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|