View: 1053|Reply: 1
|
Kelantan FC rebah di kubu sendiri
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Kelantan FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumpas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, petang tadi.
Jaringan pertama pelawat diperoleh menerusi tandukan ketua pasukan, Mohamad Fadhli Mohd Shas pada minit ke-11 hasil sepakan sudut Stuart John Wilkin.
JDT II kemudian menambah kelebihan dua minit selepas itu menerusi Fernando Rodrigues untuk menjadikan kedudukan 2-0. Kelantan FC kemudian cuba bangkit selepas itu menerusi cubaan Natanael Ringgo, namun tidak kesampaian.
Ringgo sekali hampir merapatkan kedudukan pasukannya pada minit ke-51, namun tidak mampu membolosi gawang pelawat.
Sebaliknya, JDT II terus menambah derita pasukan The Red Warriors (TRW) apabila Kei Hirose meledakan gol ketiga pasukannya pada minit ke-56. Kedudukan 3-0 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Kelantan FC, Muhammad Izaffiq Ruzi (kiri) membuat percubaan ketika menentang JDT II. FOTO Nik Abdullah Nik Omar |
|
|
|
|
|
|
| |
|