View: 949|Reply: 1
|
'Fifa mata duitan' - Klopp
[Copy link]
|
|
London: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa cadangan Fifa untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun adalah 'semata-mata kerana wang'.
Piala Dunia ketika ini berlangsung setiap empat tahun dengan edisi seterusnya dijadual berlangsung di Qatar pada tahun depan.
Bagaimanapun Presiden Fifa, Gianni Infantino pada minggu ini berjanji akan membuat keputusan hujung tahun ini mengenai perancangan kontroversi itu, yang mana ia sebahagian daripada alasan mengenai apa yang disebutnya sebagai 'terlalu banyak pertandingan yang tidak bermakna.'
Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang kini pengarah pembangunan Fifa, menyokong cadangan daripada badan bola sepak induk dunia itu.
"Tiada sukan di dunia yang mempunyai kalendar pertandingan tanpa henti.
"Ada sukan yang mempunyai permintaan tinggi seperti olahraga dan maraton tetapi mereka tidak berlari 20, 30 atau 40 kali setahun.
"Kami tahu apa yang berlaku. Apa yang orang cakap adalah mengenai memberi peluang kepada negara lain tetapi pada akhirnya ia semata-mata kerana wang. Itulah yang berlaku," katanya.
Klopp berkata, jika Piala Dunia berlangsung setiap dua tahun, maka Kejohanan Eropah juga akan mengikut jejak sama sekali gus menyaksikan pemain mempunyai jumlah rehat yang terhad pada setiap tahun.
"Pada akhirnya mereka perlu faham tanpa pemain, iaitu watak paling penting dalam bola sepak, kita tidak boleh beraksi," katanya. - HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
JURGEN Klopp. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|