View: 1099|Reply: 1
|
Serang bekas kekasih, Boateng didenda RM8.8 juta
[Copy link]
|
|
Munich: Pemenang Piala Dunia 2014 bersama Jerman, Jerome Boateng didenda 1.8 juta euro (RM8.8 juta) oleh mahkamah di Munich selepas didapati bersalah menyerang bekas kekasihnya tiga tahun lalu.
Denda berat yang dijatuhkan oleh mahkamah wilayah Munich itu diputuskan selepas Boateng disabitkan atas kesalahan sengaja dan menghina bekas kekasihnya, Sherin Senler.
Selepas hakim, Kai Dingerdissen membacakan keputusan itu, Boateng dilihat bergegas keluar dari bilik penghakiman dengan dikawal oleh pengawal peribadi menuju ke SUV hitam dan dikejar oleh jurugambar.
Pendakwaraya Stefanie Eckert sebelum itu memohon penangguhan untuk hukuman penjara 18 bulan dan denda 1.5 juta euro (RM7.36 juta) ke atas Boateng.
Boateng, 33, yang menandatangi kontrak dengan kelab Perancis, Lyon minggu lalu selepas sedekad di Bayern Munich, menyerang ibu kepada dua anak kembarnya itu ketika percutian di Caribbean pada tahun 2018.
Pemain pertahanan itu menafikan tuduhan berkenaan ketika dia memberi kenyataan hampir dua jam.
Bekas teman wanitanya memberitahu mahkamah bagaimana Boateng menumbuknya, menyebabkan dia sesak nafas untuk seketika ketika bertengkar dalam percutian mewah itu.
Insiden berkenaan berlaku beberapa minggu selepas Piala Dunia Rusia, di mana skuad Jerman dibarisi Boateng tersingkir di peringkat kumpulan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
BOATENG ketika diperkenalkan di Lyon. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|