View: 1062|Reply: 1
|
Malang berterusan Arsenal, Arteta
[Copy link]
|
|
London: Mikel Arteta berdepan masalah lagi selepas Granit Xhaka muncul pemain terbaharu Arsenal terbabit dengan virus Covid-19.
Pemain tengah berusia 28 tahun itu kekal menjalani kuarantin di Switzerland selepas didapati positif wabak berkenaan ketika tugasan antarabangsa di Switzeland minggu lalu.
Arteta nyata hilang sabar dengan barisan pemainnya yang mengabaikan nasihat pasukan perubatan kelab supaya menerima dua suntikan vaksin.
"Pemain akan berdepan situasi terhad dalam beberapa aspek jika mereka tidak mengambil vaksin penuh kerana kami tidak mahu mereka terdedah kepada virus.
"Jika mereka berkunjung ke beberapa tempat dan belum divaksin sepenuhnya, risikonya amat besar dan kami tidak mahu ia berlaku kerana pasukan akan berdepan kesan yang besar.
"Ada pemain yang tidak mahu divaksin kerana mungkin ada kaitan dengan isu kesihatan, mungkin juga ia tidak sama dengan kepercayaannya atau cara dia dididik mengenai perkara itu.
"Tapi kami mahukan yang terbaik untuk kelab dengan cuba memastikan mana-mana pemain kurang terdedah kepada virus itu.
"Granit perlu kekal di negaranya sehingga Sabtu dan sebaik dia boleh dilepaskan, dia akan kembali semula kepada kami," katanya.
Arsenal berdepan kesukaran akibat virus berkenaan dengan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Ben White, Willian dan Alex Runarsson masih belum dapat digunakan musim ini. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Xhaka ketika bertemu Manchester City sebelum ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|