View: 1166|Reply: 3
|
[Sabah]
Ditahan cuba seludup keluar tong gas
[Copy link]
|
|
SUSPEK: Suspek terbabit ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.
TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas disyaki cuba menyeludup keluar tong gas bersubsidi ke negara jiran di laut berhampiran Pelabuhan, di sini kelmarin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata tangkapan itu dilakukan kira-kira jam 3.50 petang.
“Anggota PPM berjaya mengesan pergerakan bot suspek yang sarat dengan muatan sebelum menahan untuk membuat pemeriksaan.
“Pemeriksaan awal mendapati, terdapat seorang lelaki warga tempatan berumur 75 tahun yang bertindak sebagai juragan bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan lapan tong gas disyaki cuba diseludup keluar untuk dijual ke negara jiran.
“Juragan terbabit juga gagal mengemukakan sebarang surat dan permit kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Suspek dan barang rampasan termasuk bot berserta enjin ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ridzauddin berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM24,240 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“PPM Wilayah 4 Sabah menggalakkan masyarakat persisir pantai menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati terdapat kesalahan undang-undang di sekitar mereka.
“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983268,” katanya.
Hamzah Sanudin
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg Saya faham, tong gas ni diseludup kerana disana susah mendapat bekalan LPG ni. Byk juga tempat yg masih guna gasoline. |
|
|
|
|
|
|
|
yang menyeludup ni ... mengambil kesempatan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 11-9-2021 08:58 AM
yang menyeludup ni ... mengambil kesempatan ...
Ya betul. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|