CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1175|Reply: 1

Dani Alves bakar semangat pemain JDT

[Copy link]
Post time 8-9-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima suntikan semangat menjelang aksi Piala Malaysia apabila menerima kata-kata semangat daripada pemain terkemuka Brazil, Dani Alves.

Menerusi perkongsian di Instagram Story pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Alves mengucapkan selamat maju jaya kepada juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu untuk kempen Piala Malaysia bermula hujung bulan ini.

"Hello kawan-kawan dari JDT. Saya mahu mengucapkan semoga berjaya untuk saingan Piala Malaysia.

"Warna anda seperti Barcelona, jadi anda perlu memenangi piala ini, Ayuh lakukannya, saya sentiasa menyokong anda," katanya.

Alves yang kini berusia 38 tahun, kembali ke negaranya untuk beraksi bersama kelab tempatan, Sao Paolo.

Dia memimpin skuad kebangsaan Brazil memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo bulan lalu dengan menewaskan Sepanyol 2-1 pada aksi final.

Kejayaan terbaru itu menjadikan Alves antara pemain Brazil paling menyinar dengan mengumpul keseluruhan 43 trofi kejuaraan bersama kelab dan skuad kebangsaan.

Dia pernah mewakili kelab-kelab ternama termasuk Barcelona, Juventus dan Paris Saint Germain (PSG) serta sudah melakukan 118 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2021 09:17 PM | Show all posts

Pemain JDT meraikan jaringan dalam salah satu aksi Liga Super. FOTO Johor Southern Tigers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040863 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list