View: 1032|Reply: 1
|
Australia terus lebarkan rekod kemenangan
[Copy link]
|
|
Doha: Australia menumpaskan Vietnam 1-0 untuk menjadi negara pertama dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mencatat kemenangan 10 kali berturut-turut di kelayakan Piala Dunia, manakala Jepun turut mengetepikan China dengan jumlah jaringan sama selepas kalah mengejut kepada Oman minggu lalu.
Kejayaan Australia, hadir menerusi gol kemenangan Rhyan Grant pada separuh masa pertama, bagi membolehkan Socceroos mencatat dua kemenangan daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B.
Beraksi secara tertutup di Stadium My Dinh di Hanoi akibat sekatan Covid-19, Australia dilihat bergelut untuk mengatasi aksi corak pertahanan berdisiplin Vietnam sebelum tandukan Grant pada minit ke-43 berpunca daripada hantaran lintang Ajdin Hrustic memecahkan kebuntuan.
Ia adalah gol antarabangsa pertama buat Grant dan menamatkan rekod kemenangan 17 perlawanan berturut-turut Vietnam di gelanggang sendiri.
Australia menumpaskan China 3-0 di Doha minggu lalu dan kemenangan semalam adalah kejayaan ke-10 daripada 10 perlawanan sejak pusingan pertama kelayakan.
Jepun juga berjaya meraih tiga mata berdepan China semalam untuk menghidupkan kembali peluang mereka dalam kelayakan selepas tumpas 0-1 kepada Oman di perlawanan pertama pusingan akhir kelayakan.
Walaupun mencatat kemenangan tipis, Jepun jelas mendominasi perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha.
Percubaan yang dilakukan Yuya Osako dan pemain yang berpangkalan di Sepanyol, Takefusa Kubo mengenai tiang pada separuh masa pertama namun nasib tidak menyebelahi China pada minit ke-40.
Junya Ito melakukan hantaran cantik selepas melepasi Wang Shenchao dan Osako memadamkan kekecewaan sebelum itu dengan melakukan sepakan voli.
Turut mencatat kemenangan ialah Iran yang membenam Iraq 3-0, manakala Arab Saudi mengetepikan Oman 1-0.
Sebelum itu, Korea Selatan berjaya menumpaskan Lebanon 1-0 di Suwon hasil jaringan kemenangan yang disumbangkan Kwon Chang Hoon. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
TANDUKAN Grant berjaya membantu Australia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Vietnam. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|