View: 1205|Reply: 7
|
Wenger cadang anjur Piala Dunia setiap dua tahun
[Copy link]
|
|
Paris: Bekas bos Arsenal, Arsene Wenger mencadangkan Piala Dunia berlangsung setiap dua tahun ketika beliau ditemuramah dengan akhbar harian Perancis, L'Equipe.
Legenda berusia 71 tahun itu yang kini menggalas tugas selaku Pengarah Pembangunan FIFA turut meminta satu tempoh untuk kempen kelayakan antarabangsa dalam kalendar bola sepak dunia pada setiap tahun.
"Secara prinsipalnya adalah kempen kelayakan berlangsung setiap tahun dan selepas berakhirnya kejohanan besar, berlangsung pula Piala Dunia dan kejohanan antara benua," kata Wenger.
"Di antara dua kempen kelayakan, pemain boleh kekal beraksi bersama kelab sepanjang tahun," katanya.
Wenger melihat format baharu itu boleh bermula pada 2028, dua tahun selepas Piala Dunia 2026 di Amerika Utara dan Mexico.
"Apa yang orang ramai mahukan sekarang adalah pertandingan bertaraf tinggi dan mudah difahami.
"Ia adalah projek global untuk bola sepak lelaki dan juga wanita serta pertandingan di peringkat remaja," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ARSENE Wenger. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ini aku tak setuju.. Menggalakan rakyat Malaysia berjaga malam setiap dua tahun sekali jika diadakan di benua Amerika, Eropah dan Afrika.. Empat tahun sekali dah cukup la.. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe masa tu sijil mc lg laku dari sijil vaksinasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Abis tu euro setahun skali? |
|
|
|
|
|
|
|
Tp bgs jugak ada can msia msk worldcup slot tuan rumah |
|
|
|
|
|
|
|
nnt overlap tahun sama ngan euro/copa america lerr pulak? cam bodow je cadangan, pastu prestige pon dah tak sama bila anjur terlalu kerap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita lihat apa keputusannya nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|