CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 873|Reply: 1

Argentina kekal tanpa kalah

[Copy link]
Post time 4-9-2021 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Montevideo: Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen Piala Dunia selepas menewaskan Venezuela yang beraksi sepuluh pemain 3-1 hari ini.

Dalam penampilan pertama sejak berpindah ke Paris Saint-Germain, Lionel Messi bergelut mencipta impak di Caracas tetapi ia tidak memberi kesan kepada pasukannya.

Lautaro Martinez membuka tirai jaringan pada babak pertama selepas Venezuela bermain 10 pemain apabila Adrian Martinez dilayang kad merah akibat mengasari Messi.

Argentina kemudiannya bergelut menambah jaringan dengan dua lagi disumbangkan pemain gantian Joaquin Correa dan Angel Correa dalam tempoh 20 minit terakhir.

Venezuela mendapat gol mereka menerusi penalti Yeferson Soteldo pada masa kecederaan.

Argentina berkunjung ke Brazil pada Ahad ini dalam ulangan final Copa America yang dimenangi mereka 1-0 untuk mengakhiri kemarau trofi utama selama 28 tahun.

"Ia perlawanan besar dan penting selepas final,'' kata Martinez."Kami perlu berehat dan mengambil pendekatan perlawanan itu sama seperti final Copa America."

Brazil pula yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama menewaskan Chile 1-0 di Santiago hasil jaringan Everton Ribeiro manakala Ecudor mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga selepas menewaskan Paraguay 2-0 di Quito. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2021 07:21 AM | Show all posts

PEMAIN Argentina meraikan kemenangan di Caracas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.031171 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list