CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 0

[Pulau Pinang] Zahir perpaduan menerusi 32 lukisan mural

[Copy link]
Post time 3-9-2021 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Zahir perpaduan menerusi 32 lukisan mural[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


Pelukis mural tempatan Ooi Kok Chuan mengambil masa selama 50 hari bagi menyiapkan sebanyak 32 mural yang dilukis di dinding Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poi Eng, Jalan Gertak Sanggul, di sini. FOTO IHSAN OOI KOK CHUAN





Balik Pulau: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poi Eng, Jalan Gertak Sanggul, di sini, ada cara tersendiri bagi menzahirkan semangat perpaduan sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Walaupun tiada acara sambutan hari berkenaan, sebanyak 32 mural bertemakan kesenian dan kebudayaan Malaysia selain keunikan kawasan Gertak Sanggul dilukis di dinding sekolah itu.

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Ng Meow Lean berkata, mural berunsur batik, permainan dan alat muzik tradisional serta kehidupan di Gertak Sanggul itu dilukis pelukis mural tempatan, Ooi Kok Chuan.

Katanya, ia adalah projek yang dirancang sejak Februari lalu tetapi terpaksa ditangguh berikutan kekangan akibat pandemik Covid-19.

"Selain menceriakan sekolah, mural berkenaan juga dilukis bagi memberi semangat kepada murid supaya terus maju dalam pembelajaran norma baharu ini.

"Walaupun tiada acara sambutan, tetapi semangat bagi menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu kita boleh zahirkan dengan pelbagai cara," katanya ketika dihubungi di sini.

Projek mural peringkat sekolah itu dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya Roland @ Rozaidi Abu Hassan dan Guru Besar SJKC Poi Eng Liew Siat Jin, baru-baru ini.

Sekolah terbabit adalah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) yang mempunyai 63 murid dan 11 guru.

Sementara itu, Kok Chuan berkata, dia mengambil masa sehingga 50 hari bagi menyiapkan kesemua mural yang berukuran antara kira-kira satu hingga tujuh meter itu.

"Kami menerima tajaan cat daripada Kansai Paint Asia Pacific bagi tujuan itu dan ini adalah mural paling banyak yang pernah saya lukis.

"Syukur ia dapat disiapkan menjelang Hari Kebangsaan lalu walaupun mengambil tempoh yang agak panjang kerana dua kali tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ia bukan sahaja sumbangan kepada sekolah tetapi kepada negara dalam menyemai dan menyerap nilai murni dalam kalangan generasi muda," katanya.





Disiarkan pada: September 3, 2021 @ 12:21pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.119194 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list