View: 1065|Reply: 1
|
Aidil puas hati, Dollah terkilan
[Copy link]
|
|
Kuantan: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak memuji komitmen tinggi yang dipersembahkan skuad itu selepas mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, semalam.
Lebih-lebih lagi, beliau hanya menyenaraikan seorang pemain import serta bergantung sepenuhnya kepada pemain tempatan.
"Saya gembira dengan keputusan ini ketika pasukan hanya menurunkan seorang import (Renan Alves) kerana tiga import tidak dapat beraksi. Saya juga sudah menjangkakan perlawanan sengit apabila berdepan Sri Pahang yang mahukan kemenangan di laman sendiri. "Dengan keputusan seri ini saya harap pemain dapat mempertingkat lagi prestasi pada perlawanan seterusnya," katanya.
Pada perlawanan semalam, KDA tidak menurunkan dua tonggak import, Rabih Ataya dan Kpah Sherman yang menyertai pasukan kebangsaan masing-masing bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022.
Begitu juga Tchetche Kipre yang berdepan masalah kecederaan dalam memperkasakan jentera serangan pasukan itu.
Namun, Aidil Sharin tetap berpuas hati kerana pasukan itu membawa pulang satu mata selepas mengharungi perlawanan yang padat dalam tempoh dua minggu.
"Saya percaya pemain akan beraksi dengan lebih baik pada baki perlawanan selepas ini," katanya. Selepas 19 perlawanan, KDA berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengutip 39 mata dengan berbaki tiga perlawanan.
Sementara itu, pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh terkilan kerana misi mengutip tiga mata tidak kesampaian. Namun, beliau tetap bersyukur kerana skuad Tok Gajah tidak tewas apabila berjaya bangkit selepas dua kali ketinggalan.
"Perasaan terkilan itu memang ada kerana saya mahu mengutip tiga mata dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super terutama mengelak berada di zon penyingkiran.
"Tetapi prestasi pasukan serba tidak menjadi kerana tidak banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Persembahan pada perlawanan ini (semalam) dilihat lebih bergantung kepada permainan individu berbanding sebagai satu pasukan.
"Saya lihat dalam kotak penalti hanya ada seorang pemain untuk berdepan dengan empat pemain lawan yang sudah pasti menyukarkan untuk menjaringkan gol," katanya.
Dalam perkembangan sama, Dollah berkata, ketiadaan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan dan penggantungan menyebabkan Sri Pahang tidak berada pada prestasi terbaik. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Sri Pahang FC, Syaahir Saiful Nizam mengasak pemain Kedah Darul Aman FC, Ariff Farhan di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang |
|
|
|
|
|
|
| |
|