View: 825|Reply: 1
|
Perak FC langsaikan tunggakan gaji import
[Copy link]
|
|
Ipoh: Tidak timbul lagi isu tunggakan gaji pemain Perak FC termasuk berkaitan tuntutan beberapa bekas pemain import kelab bolasepak itu serta ejen mereka, demikian kata Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh.
Azman berkata, tuntutan pemain berasal dari Korea Selatan, Jeon Hyo-seok sudah diselesaikan secara ansuran dengan bayaran pendahuluan yang dilakukan baru-baru ini.
Selain itu katanya, tuntutan dua bekas pemain dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Careca untuk gaji bulan Mei dan Jun yang juga sudah dibayar sebelum semalam.
"Tuntutan ejen kepada Leandro, Careca dan Guilherme De Paula pula akan dibuat secara ansuran mulai bulan hadapan, selepas Perak FC berunding dengan ejen ketiga-tiga pemain dari Brazil terbabit.
"Penyelesaian ini perlu dilakukan kerana ia berkaitan dengan lesen kelab yang mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Perak FC tidak akan diberi lesen untuk menyertai Liga Super tahun hadapan.
"Gaji bagi kesemua pemain juga sudah diselesaikan dan tiada sebarang tunggakan berkenaan isu itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, beberapa isu berkaitan membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan (caruman) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga perlu dikemaskini, yang mana kelab itu sudah membuat perbincangan dengan agensi berkenaan.
"Perak FC merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, khususnya Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad kerana banyak membantu kelab ini dalam mencari sumber kewangan bagi menyelesaikan segala tuntutan," katanya.
Sebelum ini, badan pengurusan Perak FC meminta agar diberikan ruang dan waktu bagi menyelesaikan masalah dihadapi pasukan berkenaan selain beberapa isu tunggakan gaji membabitkan pemain. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Aksi Leandro Dos Santos (tengah) dalam perlawanan Liga Super. FOTO Ihsan Perak FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|