CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 0

[Pulau Pinang] Berlaku kesesakan, langgar SOP di program Movac

[Copy link]
Post time 1-9-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Berlaku kesesakan, langgar SOP di program Movac[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


Keadaan sesak di PPV Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi disebabkan kehadiran golongan penjaja yang di luar jangka bagi mendapatkan suntikan imunisasi dibawah Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK). FOTO IHSAN PDRM




Butterworth: Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movac) membabitkan golongan penjaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, di sini, hari ini dikesan mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ia berikutan kehadiran orang ramai di luar jangkaan hingga menyebabkan berlaku kesesakan, sekali gus tidak menjaga penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, beliau segera mengambil tindakan awal dengan mengarahkan anggota dari Balai Polis Butterworth bersama polis bantuan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mengawal kesesakan berkenaan.

"Beberapa tindakan diambil supaya penjaja dapat beratur dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan patuh kepada SOP ditetapkan.

"Kami dimaklumkan program ini akan berlangsung sehingga esok dan menasihati penjaja supaya merancang terlebih dahulu supaya dapat mengelak kesesakan.

"Tolong ikuti arahan dikeluarkan petugas di PPV bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak lagi berulang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kesesakan di PPV itu apabila terdapat deretan penjaja beratur untuk mendapat suntikan vaksin.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, polis menasihati orang awam supaya tidak lagi menularkan kejadian yang boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat setempat.





Disiarkan pada: September 1, 2021 @ 7:31pm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list