CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 7

[Pulau Pinang] COVID-19: 70 peratus kes di Pulau Pinang berpunca tempat kerja

[Copy link]
Post time 1-9-2021 07:41 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 70 peratus kes di Pulau Pinang berpunca tempat kerja[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - September 1, 2021 @ 2:00pm[email protected]


GEORGETOWN: Sebanyak 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan di Pulau Pinang setakat ini dikenal pasti berpunca dari tempat kerja, terutama sektor perindustrian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin, berkata ia berdasarkan laporan siasatan pihak berkuasa kesihatan yang mendapati kluster tempat kerja, terutama kilang sebagai punca utama peningkatan wabak.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu dari 1 Jun hingga 14 Julai lalu, katanya, sebanyak 6,222 daripada keseluruhan 8,668 kes yang direkodkan di negeri ini didapati berpunca dari tempat kerja, terutama kluster industri.

"Antara punca jangkitan adalah menjurus kepada penempatan pekerja warga asing yang membabitkan percampuran antara lebih 10 kilang di satu kawasan penempatan atau asrama pekerja.

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin menjawab soalan pada persidangan DUN di Georgetown, hari ini. - NSTP/Mikail Ong

"Di samping itu, fasiliti kediaman atau rumah untuk pekerja menjalani kuarantin juga didapati tidak sesuai dan jumlah penghuni melebihi kapasiti dihadkan hingga menyebabkan berlaku peningkatan jangkitan," katanya menjawab soalan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Norlela yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkata, dalam tempoh awal tahun ini hingga 28 Ogos lalu, sebanyak 246 kilang di seluruh negeri diarah tutup berikutan kes COVID-19.

Katanya, ia membabitkan 135 kilang di daerah Seberang Perai Tengah, Barat Daya (47), Seberang Perai Selatan (29), Seberang Perai Utara (27) dan Timur Laut (7).

"Jumlah ini jauh jauh lebih tinggi berbanding hanya 17 kilang yang diarah tutup tahun lalu, iaitu 15 kilang di daerah Barat Daya serta masing-masing satu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menutup premis yang mencetuskan kluster kerana ia di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Norlela berkata, kes COVID-19 di negeri ini meningkat mendadak selepas aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya membabitkan kawasan seperti pasar awam, tapak pembinaan dan premis perniagaan.

"Penularan kes dalam komuniti juga menyebabkan jangkitan sukar dikawal, selain terdapat isu dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lemah, menyebabkan risiko jangkitan menjadi lebih tinggi," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2021 07:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:03 PM | Show all posts
Ramasamy sila resign... hat urusan patient meninggal kat hospital SP tu dia kalut suruh pengarah hospital resign.. ni apa jadi kat Penang? seriously mamat ni patut balik kajang ja...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok aku mula start masuk office. Aku redha je
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mama_neko replied at 1-9-2021 08:03 PM
Ramasamy sila resign... hat urusan patient meninggal kat hospital SP tu dia kalut suruh pengarah hos ...

Mampoih dia nak resign...
Kat org lain boleh la tekan2, bila kena btg hidung sendiri nnt mcm2 alasan bagi hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kilang besar kebal. Setahun 2-3 kali terbakar pun tak masuk berita. Walopon asap sampai 2-3 daerah lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2021 12:09 AM | Show all posts
krustykrab replied at 1-9-2021 08:46 PM
Mampoih dia nak resign...
Kat org lain boleh la tekan2, bila kena btg hidung sendiri nnt mcm ...

hahahah.. dia takkan resign punya... tau cakap ja lebih.. mcm mana la nasib student dia dulu masa dia jadi lecturer ka apa.. mesti depa rasa dia ni ridiculous..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
banyak kilang kan kt penang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055943 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list