CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 10

Tular pemuda kuburkan ibu di halaman rumah

[Copy link]
Post time 31-8-2021 10:35 PM | Show all posts |Read mode

Kapsyen – Lelaki ini menziarah kubur ibunya yang terletak di halaman rumah. -TikTok

Tular pemuda kuburkan ibu di halaman rumah

JAKARTA – Seorang pemuda menjadi tular selepas mengebumikan jenazah ibunya di pekarangan rumah, lapor laman berita Suara.com semalam.

Pemuda tersebut memuat naik video memaparkan kubur ibunya menerusi akaun aplikasi sosial TikTok @adhefin.

“Mungkin ini caraku,” demikian tulis lelaki tersebut bersama video yang dimuat naik itu.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan  lelaki itu sedang membersihkan kubur ibunya yang terletak di pekarangan kediaman mereka.

Lelaki itu menjadikan kubur itu mirip seperti di tanah perkuburan, lengkap dengan batu nisan berwarna hitam.

Biarpun hanya terletak di pekarangan rumah, lelaki itu tetap mengenakan pakaian yang sopan ketika melawat kubur ibunya dan dilihat berdoa di sebelahnya.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berkata terdapat kelebihan meletakkan kubur di halaman rumah dan salah satunya ialah menghalang perebutan harta dan akan membuatkan anak-anak mudah untuk menziarah kubur ibu bapa mereka.

“Kelebihan mempunyai kubur di halaman rumah ialah, rumah akan menjadi sukar untuk dijual dan mudah untuk anak-anak pulang menziarah kubur,” tulis seorang netizen.

“Saya mahu sesuatu seperti ini, ketika saya mati kelak supaya saya dikebumikan di halaman rumah. Ini supaya anak-anak dan cucu boleh mengunjungi dan mendoakan saya setiap hari,” kata seorang lagi netizen.

“Saya sejujurnya berasa takut kerana akan selalu terbayangkan kematian.” tulis seorang lagi netizen. -Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat indon memang mcm tu ...
Sapa nk dikuburkn atas tanah sendiri, blh je....
Mcm maid jiran aku, mak pak dia dikuburkn atas tanah sendiri, adik bradik lain kat prkuburan awam....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan mengada buat gini di tanahair ya kawan2. Rakyat Malaysia belum ready untuk anjakan paradigma sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau itu yang deme nak, okay je
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa akak kecik2 dulu ada urang kampung yang tinggal 10 meter jaraknya dari rumah akak (bukan Islam) kebumikan babynya yang meninggal baru berapa bulan ntah, di halaman rumah. Kemain la akak bertahun kunun2 ketakutan tiap kali lalu rumah tu semasa mahu ke sekolah padehal takda hapa2 pon.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 11:24 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 31-8-2021 10:46 PM
Jangan mengada buat gini di tanahair ya kawan2. Rakyat Malaysia belum ready untuk anjakan paradigma  ...

hahaha aku baru nak cakap macam idea yang bernas je? sebab terpikir musim2 covid ni tak ada siapa boleh halang ziarah kubur sebab yelah, kat tanah sendiri maa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkisah pon nk kebumi kt rumah pon.asalkan tanah sendiri.bukan kacau org pon
Tp tanam la tepi rumah.depan rumah kan nk parking kete.org lalu lalang lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 02:05 PM | Show all posts
oo bagus camni..

meols pun nak kebumi kat bawah pokok nangka belakang umah ni., ada kolam ikan jugak..

nyamannnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
awas org malaysia jgn dk ikut pelik2 gini
ntah la bg i scary gini..terpulang
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 31-8-2021 11:24 PM
hahaha aku baru nak cakap macam idea yang bernas je? sebab terpikir musim2 covid ni tak ada siapa  ...

Kita ok but jiran2 musti tak selesa tengok kubo depan ka blakang rumah. Akceli ai dah lama fikior nak buat gini tapi bila cakap kat mak sheol bilang ko buduh ka mo buat gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa....dulu2kan mmg tanam kat rumah je... Kat tempat meols ada rumah yang ada kubur2 kat keliling rumah dorng. Boleh gugel pasal kubur2 mcm ni mmg dah lama ada kat msia, rasanya org Bugis kot yg selalu buat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.076826 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list