CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 10

Wanita ditinggal suami, keluarga selepas didakwa lahirkan anak ‘syaitan’

[Copy link]
Post time 29-8-2021 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 29-8-2021 02:17 PM

AFRIKA LUAR NEGARA TERKINI

Wanita ditinggal suami, keluarga selepas didakwa lahirkan anak ‘syaitan’

BAJENEZA Liberata mendukung anaknya yang dilahirkan dengan keadaan fizikal yang unik. - AGENSI

  • Oleh Media Mulia
  • 28 Ogos 2021, 11:00 pm


KIGALI: Seorang wanita dan anaknya berdepan dengan kesukaran gara-gara ditinggalkan oleh suami serta keluarganya selepas mereka mendakwa dia melahirkan anak ‘syaitan’.

Bajeneza Liberata dari Rwanda menceritakan dia ditinggalkan oleh suami serta keluarganya beberapa hari selepas dia melahirkan anaknya.

Jelas wanita itu, anak-anaknya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun anak bongsunya dilahirkan dengan keadaan fizikal yang berbeza.

“Selepas suami melihat anak kami yang dilahirkan dengan keadaan berbeza, dia terus menganggapnya sebagai anak syaitan dan meninggalkan saya bersendirian.

“Saya juga tidak tahu masalah yang dihadapi anak saya ini, kerana kami tiada duit untuk mendapatkan khidmat perubatan,” ujarnya.

Selain itu, Liberata memaklumkan dia juga dipinggirkan oleh penduduk kampung yang menggelar anaknya sebagai makhluk asing kerana bentuk kepalanya yang berbeza berbanding bayi normal.

Kisah Liberata menjadi tular dalam media sosial dan satu tabungan diwujudkan untuk membantu wanita itu serta anaknya.

Tabung yang digerakkan dibawah platform ‘GoFundme’ itu menjelaskan Liberata dan anaknya memerlukan wang untuk tujuan perubatan dengan kadar segera.

“Liberata perlukan duit untuk membawa anaknya ke luar negara bagi mendapatkan rawatan segera kerana pakar perubatan di Rwanda tidak dapat pastikan keadaan anaknya,” jelas platform tersebut





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tengok video ni dkt youtube. Kesian sgt baby tu asyik nangis. Nampak sgt tengah kesakitan. Mgkn kepala dia ada masalah atau kecacatan.. Sedih pla
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya....
moga anak tu sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Olumis replied at 29-8-2021 03:36 PM
Ada tengok video ni dkt youtube. Kesian sgt baby tu asyik nangis. Nampak sgt tengah kesakitan. Mgkn  ...

Teruknya lakinya tinggalkan dia.. hebat ibu ini.. wpun anak dia hodoh tp dia tetap sayang anak dia   ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin si ibu tu masa mengandung x dpt pemakanan yg sihat atau ubat2tan yg sempurna..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 29-8-2021 07:08 PM
Teruknya lakinya tinggalkan dia.. hebat ibu ini.. wpun anak dia hodoh tp dia tetap sayang anak dia ...

Kan... zuriat sendiri sapa lg nak sayang. Iols sendiri pun rasa sedih nampak keadaan baby ni. Tak sempat terfikir pun nak menghakimi si ibu dan si baby. Yang terlintas di hati cuma rasa sebak dan kesian yg amat sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Olumis replied at 29-8-2021 03:36 PM
Ada tengok video ni dkt youtube. Kesian sgt baby tu asyik nangis. Nampak sgt tengah kesakitan. Mgkn  ...

Kan. Menangis je dia. Kesiann tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 08:59 AM | Show all posts
teruknya mentality husband n family. semoga ada pihak yg sudi membantu ibu ini. kesian kat beliau n anak. mungkin anaknya sakit
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya baby tu. hrap dpt bantuan sewajarnya. suami & keluarga tu yg setan sbenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:02 PM | Show all posts
zalimnya xde sape pedulikan dia. di zaman milenium ni ada lagi yg berfikiran kolot kesiannya mereka berdua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.205952 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list