CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1853|Reply: 7

[Kedah] Terduduk, pelanggan tempah 500kg nanas maut sebab Covid-19

[Copy link]
Post time 27-8-2021 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Terduduk, pelanggan tempah 500kg nanas maut sebab Covid-19

  • Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
  • 27 Ogos 2021, 4:00 pm





Shamsir Azli, 53, bersama hasil kebun nanas yang dituai buat pertama kali sejak mengusahakan tanaman itu kira-kira setahun lalu.






PETALING JAYA – Pasangan suami isteri pengusaha kebun nanas di Alor Setar, Kedah berdepan ujian berat apabila individu yang memesan 500 kilogram (kg) hasil pertanian mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Pemilik akaun Twitter bernama @syifamajid dalam satu hantaran menyatakan ia merupakan hasil tuaian pertama abang iparnya dan buah nanas varieti MD2 yang telah dipetik tersebut dikhuatiri tidak dapat bertahan lama.

“Dugaan abang ipar. Pertama kali baru hendak rasa hasil nanas. Ada yang sudah tempah 500kg. Tiba-tiba orang itu meninggal dunia sebab Covid-19. Mintak RT (ulang kicau) boleh,” tulisnya hari ini.

Hantaran itu diulang kicau lebih 8,600 kali dengan ramai netizen menyatakan minat untuk membeli buah-buah berkenaan.

Dalam pada itu, Zetty Majid, 47, yang membantu suaminya memasarkan nanas tersebut meluahkan rasa terharu apabila bertalu-talu menerima pesanan daripada pelanggan yang berminat untuk membeli hasil titik peluh mereka.

Katanya, buat masa ini penghantaran hanya dilakukan di Alor Setar dan Jitra dengan ada pelanggan dari luar Kedah bermurah hati membeli nanas tersebut untuk disedekahkan kepada keluarga yang memerlukan.

“Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah memang kami sudah tidak nampak jalan. Lagipun banyak lambakan nanas di pasaran sekarang ini. Bagi yang beli untuk sedekah kami hantar kepada orang susah.

“Kami tunggu-tunggu pembeli berkenaan dia tak mai (datang). Sepatutnya dia mai hari Rabu lepas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tangkap layar perkongsian adik kepada Zetty yang menyatakan 500kg nanas tidak dapat dijual dalam masa singkat kerana pembeli yang membuat tempahan meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut Zetty, terdapat segelintir pelanggan bertanya adakah keluarganya merupakan kontak rapat kepada pembeli tersebut dan berkemungkinan bimbang untuk membeli nanas-nanas berkenaan.

“Ada yang tanya sama ada kami kontak rapat atau ada rasa tidak sihat. Saya tidak salahkan mereka. Kami faham kebimbangan semua orang.

“Pelanggan itu sebenarnya hanya membuat pesanan melalui panggilan telefon. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini dan saya sendiri sudah menerima suntikan vaksin,” jelasnya.

Zetty berkata, buah tersebut kini berbaki kira-kira 300 kilogram dan dijangka dapat bertahan dua hingga tiga hari dengan hasil nanas yang boleh dituai dalam tempoh terdekat dianggarkan berjumlah dua hingga tiga tan.

“Memang saya sungguh terharu. Walaupun orang beli dua tiga biji sudah dapat mengurangkan masalah kami. Bukan kurang sedikit tetapi kurang banyak. Saya bersyukur sangat.

“Nampak keikhlasan hati orang untuk membantu terutamanya yang membeli untuk sedekah walaupun duduk jauh misalnya dari Kuala Lumpur dan Johor sanggup buat bayaran secara online dan percaya dengan kami,” ujarnya. – K! ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
aku syak kisah hasananas tapi takkan la dorang nak main2 dgn kematian kobid kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 27-8-2021 07:32 PM
aku syak kisah hasananas tapi takkan la dorang nak main2 dgn kematian kobid kan

Tu la..awalnya rasa mcm tu..tapi husnuzon jela...moga murah rezeki mereka
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasanas nie. Tanam nenas 9 bulan pastu org tak jadi beli mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 27-8-2021 07:32 PM
aku syak kisah hasananas tapi takkan la dorang nak main2 dgn kematian kobid kan

Aku pun rasa mcm tu..tadi pun aku baru je lps baca kt fb kes org jual air kopi layer ikat tepi..kononnya seller dpt msg dr seller yg sama berdekatan gerai dia, tuduh dia copy org tu, siap tak halal semua...blablabla
Aku baca tu dlm hati terdetik citer hasanah...lps bbrp jam kes tu, terbaca pulak bini dia up posting promote kedai diorg, byk gila org komen nk pi beli...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun bau ikan tapi moga murah rezeki yach
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 27-8-2021 08:06 PM
Aku pun rasa mcm tu..tadi pun aku baru je lps baca kt fb kes org jual air kopi layer ikat tepi..ko ...

kalau pasal customer cancel tapi sebenarnya tak wujud ok lagi, tapi tang dengki mendengki boleh mengundang fitnah dekat penjual lain di area yg sama, tak pasal2 penjual lain tu hilang pelanggan dan mata pencarian keji gila marketing camni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 27-8-2021 08:20 PM
kalau pasal customer cancel tapi sebenarnya tak wujud ok lagi, tapi tang dengki mendengki boleh me ...

Kannnn......
Kalau betul.la dia buat cheap mktg mcm ni  semoga biz dia tak ke mana la lps ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057592 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list