CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 1

[Pulau Pinang] Jabatan Kesihatan Pulau Pinang nafi berlaku penularan varian Delta

[Copy link]
Post time 27-8-2021 07:11 PM | Show all posts |Read mode
BERNAMA


GAMBAR hiasan





Georgetown: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menafikan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa berlaku penularan Covid-19 varian Delta di beberapa kawasan di negeri ini.

Menurut kenyataan JKNPP, mesej itu juga memaklumkan kononnya jabatan itu telah mengenal pasti 180 individu di kawasan Georgetown dijangkiti varian itu, sedangkan perkara itu tidak betul.

"Berita palsu yang disebarkan menerusi WhatsApp itu memaklumkan orang ramai supaya mengelak pergi ke kawasan Lebuh Light, Jalan Pantai, Lebuh Victoria, Lebuh King, Lebuh Queen, Lebuh Chulia, Lebuh China, Lebuh Pasar, Jalan Gereja, Pengkalan Weld, Gat Lebuh Gereja, Gat Lebuh Pasar dan Gat Lebuh Chulia kerana berlaku penularan varian Delta," kata JKNPP dalam kenyataan di laman Facebook rasmi jabatan itu hari ini.

Berita palsu berkenaan turut mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan berikutan penularan varian Delta di Georgetown yang kini diklasifikasikan sebagai zon merah.

JKNPP menegaskan semua mesej yang ditularkan itu adalah tidak benar dan orang ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu.



Disiarkan pada: Ogos 27, 2021 @ 5:09pm







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols harap cobid ni bukan datang dari pembawakan awan/hujan/salji, atau sumber air laut /sungai, harap2 saintis pakar2 semua sentiasa analisis semua kebarangkalian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.184549 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list