Ribut petir dijangka landa Pulau Pinang pagi ini
- Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
- 27 Ogos 2021, 8:20 am
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di satu atau dua tempat melibatkan kawasan pantai Pulau Pinang, pagi ini.
“Pada pagi ini turut diramal hujan di satu atau dua kawasan pantai di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Hujan turut dijangka berlaku di satu atau dua tempat di Pantai Barat, Tawau dan Kudat di Sabah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Tiada hujan diramal berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Sarawak pada pagi ini. – K! ONLINE
|