CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 0

[Kedah] YPM bantu 100 pelajar mangsa banjir di Kedah

[Copy link]
Post time 24-8-2021 10:13 PM | Show all posts |Read mode
YPM bantu 100 pelajar mangsa banjir di Kedah[size=0.8]Mahani Ishak - Ogos 24, 2021 @ 9:28pm[email protected]



YPM menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir secara pandu lalu di pekarangan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. - Foto ihsan YPM




KUALA LUMPUR: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyampaikan bantuan kepada 100 pelajar yang menjadi mangsa banjir susulan fenomena kepala air di kaki gunung Gunung Jerai, Kedah.

Bahagian Komunikasi Korporat YPM dalam kenyataan berkata projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu membabitkan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian bernilai RM15,000.

Katanya, akibat tragedi terbabit, ramai pelajar mengalami kehilangan dan kerosakan barangan keperluan persekolahan.

"Sumbangan itu adalah hasil Program MARA Prihatin yang dijayakan YPM dengan kerjasama Pejabat MARA Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan.

"Ia membabitkan penerima daripada empat sekolah iaitu masing-masing 30 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Langkasuka, SK Haji Nyak Gam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, sementara 10 lagi dari SK Semeling," katanya.

Bantuan diserahkan oleh Timbalan Pengarah MARA Kedah, Kamarul Zaman Mohamad hasil maklumat yang dikenal pasti Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan.

Katanya, bantuan terbabit diserahkan dengan pelbagai kaedah seperti bantuan terus ke rumah dan secara pandu lalu di pekarangan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Yan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.251684 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list