CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2040|Reply: 11

Detektif jatuh cinta dengan suspek

[Copy link]
Post time 24-8-2021 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Moscow: Ungkapan cinta itu buta tepat bagi menggambarkan kisah detektif wanita di Russia yang didakwa menyalahgunakan kuasanya selepas menjalin cinta dengan lelaki yang terbabit dalam kes curi.

Portal Kompas melaporkan Madina Shukenova, 24, menjalin hubungan dengan suspek bernama Mikhail Serbin itu.

Media tempatan melaporkan Shukenova sangat menyukai Serbin yang menjadi suspek utama kes kecurian wang di bank.

Shukenova tertarik dengan Serbin yang berusia 22 tahun itu, ketika dia ditugaskan mengendalikan kes berkenaan di bandar Omsk.

Perasaan cinta antara detektif itu dan suspek lelaki itu berputik, tahun ini.

Serbin dilaporkan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Hubungan mereka terbongkar selepas Serbin ditemukan datang ke rumah Shukenova.

Media Rusia melaporkan Shukenova mengakui cintakan Serbin.

Wanita lulusan Akademi Kementerian Dalam Negeri pada 2019 itu kemudian didakwa dengan tuduhan menyalahgunakan kuasa.

Ia berikutan Shukenova tidak mendedahkan hubungannya dengan Serbin, atau menarik diri daripada mengendalikan kes membabitkan kekasihnya.

Jika sabit kesalahan, Shukenova akan dilucutkan jawatan dan pihak atasannya juga boleh dihukum kerana membiarkan wanita itu menjalin hubungan dengan suspek.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2021 07:34 AM | Show all posts

Shukenova (kiri) dan Serbin(kanan)
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 09:54 AM | Show all posts
dah macam cerita taking lives
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 11:01 AM | Show all posts
Sudad jodoh pemuda itu begitu, kita terima sahaja dengan seadanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 12:01 PM | Show all posts
Macam dalam drama pulak kesahnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iol penah dengar pepatah ni kat twidder dulu
(bukan iol kata, orang kata)

perempuan ada phd pun boleh jadik bodoh kerana cinta kalau lelaki takat pmr pandai ayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2021 11:14 AM | Show all posts
igt mcm cite drama je.. rupanya real life pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
org sana mmg ramai nama mikail ke? smlm mikhail shabaldin kena baham rimau..ni mikhail lg
laki tu mcm badboy..nsb kes mencuri jer bkn jenayah bunuh
kalau kena buang kerja tgk laki tu still nk lg tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts

Selain Mikhail, Shasha & Micha juga nama lelaki yg popular kat Russia sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm cite apa tu ntah, x ingat tajuk, tapi yg tu pembunuh upahan dengan perempuan tu.. x sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 27-8-2021 04:15 PM
Selain Mikhail, Shasha & Micha juga nama lelaki yg popular kat Russia sana

Sergei dah tak popular lagi ke..nama orang tua kot, macam Jean Pierre kat France..lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 09:14 PM | Show all posts
kalo dah jodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052786 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list