View: 763|Reply: 1
|
Sabah FC hampa lagi di Likas
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Sabah sekali lagi hampa apabila dengan mudah ditewaskan 3-0 oleh Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.
Jaringan pertama Penang FC pada separuh masa pertama dihasilkan memenerusi tandukan pemain importnya, Anselmo Arudda da Silva atau lebih popular dengan panggilan Casagrande yang menewaskan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim pada minit ke-37.
Pemain Penang FC, Endrick Dos Santos (kiri) diasak pemain pertahanan Sabah FC, Randy Baruh (dua kanan) dan Rawilson Batuil dalam aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Likas, malam ini. - Foto Mohd Adam Arinin
Bersambung babak kedua, Sabah terus ketinggalan apabila Penang FC menambah dua lagi gol pada minit ke-52 dan minit ke-66, masing-masing menerusi Casagrande dan Sheriddin Boboev.
Keputusan itu sekali lagi menghampakan hasrat Skuad Badak untuk menamatkan kemarau kemenangan di gelanggang sendiri sejak pusingan kedua Ligar Super bermula bulan lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Sabah FC Alto Linus (kanan) dikasari pemain Penang FC, Sheriddin Boboev dalam aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Likas. Foto NSTP/Mohd Adam Arinin |
|
|
|
|
|
|
| |
|