CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1306|Reply: 3

28 tahun suami hantar, jemput isteri dengan menaiki basikal

[Copy link]
Post time 19-8-2021 10:37 PM | Show all posts |Read mode
28 tahun suami hantar, jemput isteri dengan menaiki basikal
    Oleh KOSMO!
    19 Ogos 2021, 8:00 pm


JAKARTA – Seorang suami membuktikan rasa cinta dan setia kepada isterinya dengan menghantar dan mengambil wanita itu dari tempat kerja menggunakan sebuah basikal selama 28 tahun, lapor portal berita Wolipop semalam.

Menerusi klip  video yang dimuat naik di TikTok, pasangan suami isteri itu dilihat sedang menunggang dan membonceng sebuah basikal melalui jalan raya yang sibuk.

“Suami setia, 28 tahun menghantar dan menjemput isteri dari tempat kerja menggunakan basikal. Cinta sejati pekerja kami,” tulis keterangan dalam video tersebut.

Video itu dimuat naik oleh majikan wanita berkenaan, Debby Inne Susanto yang memiliki sebuah kedai di wilayah Jawa Tengah.

“Wanita itu ialah jurujual di kedai kami yang bernama Mulyani. Dia sudah berkerja di sini selama 28 tahun.

“Sepanjang tempoh ini, setiap hari saya melihat Mulyani dihantar dan diambil oleh suaminya, Trimo dengan menggunakan basikal,” katanya.

Video yang dimuat naik itu menerima lebih  tiga juta tontonan dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan terharu mereka melihatkan kesetiaan pasangan suami isteri itu.

“Jika majikannya tergerak hati untuk membelikan suami wanita itu sebuah motosikal, lebih mudah untuk dia menunggang motosikal,” komen seorang pengguna.

“Nampaknya tak perlu beli motosikal. Ini kerana jika mereka menaiki basikal, mereka akan mempunyai masa yang lebih lama untuk berada di atas jalan sambil berkongsi cerita agar cinta tetap mekar seperti dulu,” komen seorang lagi pengguna. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 10:38 PM | Show all posts
Till jannah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
cinta mati betul
respect pak cik
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah indonesia latih jadi cyclist. Mesti kaki dah strong 28 tahun baik beskal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.246559 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list