CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 1

[Kedah] Ketua Polis Kedah kunjungi bekas guru

[Copy link]
Post time 18-8-2021 06:21 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Kedah kunjungi bekas guru[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - Ogos 17, 2021 @ 6:36pm[email protected]


Kamarul Zaman bertemu bekas gurunya, Ahmad Mohtar Ahmad, 67, di Kampung Gelam, di sini, Alor Setar. Gambar PDRM



SUNGAI PETANI: Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat sangat menghargai jasa gurunya, Ahmad Mohtar Ahmad, 67 dengan mengunjungi pesara itu di Kampung Gelam, Alor Setar.
Kamarul Zaman juga menulis ungkapan 'Guru adalah pahlawan yang tidak punya tanda jasa. Bukan kerana tidak berjasa, tapi kerana kita tidak mampu membalas jasanya' dan dimuat naik di laman facebook rasmi Polis Kedah.

Kamarul Zaman berkata, beliau sangat menghormati bekas gurunya itu yang banyak mengajarnya dan rakan lain sehingga menjadi insan berguna.
"Saya masih ingat, ketika itu rumah sewa cikgu Ahmad Mohtar memang menjadi lokasi pelajar berkumpul bermain domino, sementara menunggu kelas tambahan sesi petang.

"Beliau seorang guru yang tegas, garang tapi sangat baik. Saya pernah dipukul kerana nakal dalam kelas. Tetapi, saya tetap berkunjung ke rumah sewanya selepas itu," katanya.
Ahmad Mohtar berkata walaupun dipukul, beliau tidak berdendam dan mengambil hati kerana tahu hukuman itu kerana kesalahan dilakukan sendiri, selain menjadi pengajaran.

Ahmad Mohtar pula berkata, dia dimaklumkan cucu yang memintanya melihat gambar pertemuan di antara beliau dan Kamarul Zaman di facebook, sebelum membaca ungkapan yang membuatnya menitiskan air mata.
"Walaupun sudah lebih 40 tahun menjadi gurunya, namun anak murid masih tetap mengingati jasa saya sebagai pendidik dan sudi singgah menziarahi dan bertanya khabar.
"Dengan kedudukan dan pangkat dimiliki Kamarul Zaman, beliau masih bersikap merendah diri. Disebabkan itu, air mata saya menitis apabila membaca ungkapan yang ikhlas kata-katanya itu," katanya, hari ini.

Ahmad Mohtar sebelum ini pernah mengajar Kamarul Zaman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Jeli, Kelantan bermula 1977 hingga 1979.
Beliau ketika itu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Seni dan Jasmani sebelum berpindah ke sekolah lain, manakala Kamarul Zaman pula menyambung pelajaran di SMK Dato Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah, Kelantan.
"Bagi saya, Kamarul Zaman seorang pelajar yang sentiasa mahu ke hadapan dalam apa jua perkara yang dilakukan, selain turut aktif dalam dikir barat.

"Sikapnya yang sentiasa bersaing dalam pelajaran menjadikan dia antara pelajar cemerlang. Itu yang membuatkan saya masih ingat beliau, walaupun sudah berpuluh tahun tidak bertemu," katanya.
Ahmad Mohtar berkata, beliau sudah beberapa kali menonton berita memaparkan Kamarul Zaman di televisyen dan tidak menyangka mereka akan bertemu semula.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Cikgu, Tahniah Ketua Polis. Dua2 dah berjaya mendidik dan menyumbang bakti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.045373 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list