CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 916|Reply: 3

FAM tangguh projek naturalisasi, kekal kendali skuad Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 17-8-2021 09:12 PM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menangguhkan sementara projek naturalisasi pemain baharu bagi pasukan kebangsaan, sebelum meneliti keperluan menyerapkan pemain asing dalam skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, skuad Harimau Malaya akan kekal menggunakan khidmat pemain naturalisasi sedia ada untuk pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Asia 2023 bermula Februari tahun depan.

“Projek naturalisasi ditangguh sehingga keputusan dibuat selepas mendapat laporan Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Naturalisasi, pengurusan pasukan kebangsaan dan Pengarah Teknikal FAM (Datuk Ong Kim Swee). Namun, bagi pasukan Liga Malaysia tiada halangan menaturalisasikan pemain yang mencukupi syarat

“Penggunaan pemain berdarah campuran (heritage) akan dibuat mengikut keperluan kerana bukan mudah untuk mendapatkan pemain heritage ini, tak ramai yang boleh beraksi dengan baik,” katanya pada sidang akhbar dalam talian selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Selasa.

Mengakui wujud perbezaan pendapat mengenai penggunaan pemain naturalisasi dalam kalangan penyokong, Hamidin berkata, jika badan induk itu berpandangan wujud keperluan untuk menaturalisasikan pemain baharu, ia hanya akan dibuat bagi kempen saingan seterusnya iaitu bagi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

FAM sebelum ini menaturalisasikan pemain kelahiran Brazil, Guilherme de Paula, 34, dan Liridon Krasniqi, 29, (Kosovo), manakala Mohamadou Sumareh, 26, (Gambia) mendapat kerakyatan menerusi usaha Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Sementara itu, Hamidin berkata, FAM akan kekal mengendalikan pengurusan skuad Harimau Malaya, setelah pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengendalikan pasukan berkenaan sebelum ini.

“Saya dah berjumpa dengan Tunku selepas pulang dari UAE (selepas Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun). Dalam pertemuan tersebut, kita sudah capai kata sepakat bahawa pasukan kebangsaan terus kekal di bawah FAM.

"Saya memahami perkara ini timbul mungkin kerana kekalahan kepada UAE (Emiriah Arab Bersatu) dan Vietnam. Tunku sebagai mantan presiden FAM, telah menyatakan beberapa perkara pada mesyuarat itu seperti pemilihan pemain, yang kita akan tambah baik pada panggilan seterusnya,” kata beliau.

Pada kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu, prestasi skuad Harimau Malaya menerima kritikan apabila kalah 0-4 kepada UAE dan Vietnam 1-2, sebelum menewaskan Thailand 1-0 untuk menduduki tempat ketiga Kumpulan G dengan 12 mata.

Hamidin turut menjelaskan bahawa pihaknya terpaksa melupakan aksi persahabatan bagi skuad Harimau Malaya bagi jendela perlawanan FIFA bagi tempoh 30 Ogos hingga 7 September ini berikutan kekangan berkaitan peraturan kuarantin 14 hari.

Beliau berkata, FIFA hanya memberikan sembilan hari untuk mengadakan perlawanan antarabangsa bagi setiap jendela pada akhir Ogos, Oktober dan November, namun pihaknya sukar mengadakan perlawanan jika tidak mendapat kelonggaran kuarantin.

“Jika kita pergi ke sana pun kena kuarantin (selepas balik), kalau menjemput pasukan lain pun mereka kena menjalani kuarantin di sini, jadi kita dah miss window (terlepas jendela perlawanan) Ogos ini. Ada banyak pasukan seperti Palestin, Taiwan, Jordan dan Oman yang bersedia (aksi persahabatan) tapi isunya perjalanan,” katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kuad-Harimau-Malaya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 09:13 PM | Show all posts

Hamidin
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya itu sepatutnya. xkn la dari 13 negeri kt Malaysia ni xde permata yg berharga. lgpun klu kalah kurang la sakit hati, ni amek naturalisasi mcm main estet je baik xyah. btw, klu boleh cari la tinggi2 tegap2 sikit ke. so mak ayah skg paksala anak minum susu dari skg. seperti iklan kt tv tu elak bantut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2021 09:30 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 17-8-2021 09:21 PM
Ya itu sepatutnya. xkn la dari 13 negeri kt Malaysia ni xde permata yg berharga. lgpun klu kalah kur ...

amik naturalisasi yg muda2 ok la..ni dh tua,main pun malas lari mcm xde semangat dh la kalah,lagi menyirap..baik local je main
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.049445 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list