Tular Individu Berpakaian Karakter ‘Vallak’ Di Pusat Vaksin!
Sejak akhir-akhir ini pelbagai ragam dan gaya yang hadir ke pusat vaksin. Ada yang berpakaian pahlawan Melayu, hantu, kostum haiwan dan dinasour serta pelbagai gaya lagi.
Kehadiran mereka ke pusat vaksin sebegini bukan sahaja dapat menghiburkan petugas serta sukarelawan, malah menjadi perhatian ramai pula. Malahan baru-baru ini satu lagi individu hadir ke pusat vaksin dengan gaya seakan karakter ‘Vallak’.
Mungkin ramai yang tahu karakter ini memang agak seram kerana ia diambil dari sebuah filem luar negara. Kehadiran individu berpakaian karakter Vallak di pusat vaksin ini telah mencuri perhatian ramai. Apatah lagi kerana gaya dan ekspresinya memang nampak cukup misteri.
Berikut adalah video ‘Vallak’ di pusat vaksin yang sempat dirakamkan dan dikongsikan di sosial media dengan nama akaun @nunungnamasaya:
Memang dalam karakter betul ya gaya individu di pusat vaksin ini! Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 1.7 juta tontonan dan 125 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen perkongsian ini seperti berikut:
“Kang keluar pocong, toyol, hantu Kak Limah, penanggal…Semua pergi vaksin”