[size=0.8]Noorazura Abdul Rahman - Ogos 17, 2021 @ 11:10am[email protected]
Keratan ayam sejuk beku dari negara jiran yang dirampas dari sebuah lori di ICQS Bukit Kayu Hitam Jumaat lalu oleh MAQIS. FOTO MAQIS
ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 25 tan keratan ayam sejuk beku dianggar bernilai RM250,000 dari negara jiran, Jumaat lalu.
Jurucakap MAQIS Kedah, berkata lori kontena membawa 2,084 kotak keratan ayam itu ditahan dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada jam 4 petang.
Katanya, pemeriksaan mendapati keratan ayam itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan.
"Kegagalan mengemukakan maklumat yang tepat atau mengelirukan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau keduanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.