|
LONDON – Leeds United dilihat mempunyai percaturan terbaik untuk berhadapan dengan Manchester United pada perlawanan pembukaan Liga Perdana England (EPL) di Stadium Old Trafford malam ini.
Meskipun United dilihat turun dengan persiapan terbaik apabila membawa masuk Tom Heaton, Jadon Sancho dan -Raphael -Varane, namun Leeds ada ramuan terbaik untuk mengekang pasukan tersebut untuk meraih tiga mata penuh.
Pengendali Leeds, Marcelo Bielsa yang baharu melanjutkan kontrak semusim sehingga 2022, dilihat ada perancangan apabila sedia menurunkan bintang sensasinya, Kalvin Phillips serta pertahanan kiri dari Barcelona, Junior Firpo.
“Dia (Phillips) melakukan pekerjaan yang cukup baik meskipun hanya ada waktu terhad menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan.
“Apa yang dilakukan sewaktu Euro 2020 satu penampilan yang cukup cemerlang.
“Justeru, pada perlawanan nanti ketika menentang United mereka akan bermain dengan cara mereka tersendiri.
“Jadi, mereka hanya perlu fokus pada perlawanan itu nanti,” katanya.
Pada saingan itu nanti, Leeds tidak akan menurunkan Diego Liorente yang masih dalam kecederaan.
Sebagai rekod, United tampil garang apabila membelasah Leeds 6-2 menerusi jaringan Scott McTominay, Bruno Fernandes, Victor Lindelof dan Daniel- James musim lalu. – AGENSI
Kosmo
|
|