View: 862|Reply: 1
|
Van Dijk, Gomez sedia diturunkan beraksi
[Copy link]
|
|
LONDON – Virgil Van Dijk dan Joe Gomez dijangka diturunkan menjelang aksi pembuka tirai saingan Liga Perdana England (EPL) menentang Norwich City di Stadium Carrow Road tengah malam ini.
Kedua-dua pemain tersebut berehat panjang susulan kece-deraan yang dialami sebelum ini, namun Van Dijk mula mempamerkan aksi cukup positif ketika turun beraksi selama 70 minit ketika menentang Athletic Club.
Sementara itu, Gomez dilihat semakin cergas dan bersema-ngat ketika berdepan CA Osasuna ke-tika beraksi selama satu jam baru-baru ini.
Pengendali Liverpool, Jurgen Kloop menegaskan, kedua-dua pemain terbaiknya itu dilihat bersedia dan bakal membuat kemunculan di Carrow Road nanti.
“Saya lihat mereka bersedia untuk turun beraksi dalam aksi pembukaan EPL nanti. Bagaimanapun, saya tidak mahu buat keputusan terburu-buru untuk menurunkan mereka nanti.
“Kami akan membuat keputusan yang terbaik dalam perlawanan tersebut. Jika saya fikir mereka boleh beraksi dalam tempoh 90 minit, maka mereka akan diturunkan dalam kesebelasan utama.
“Jadi kita akan buat keputusan terbaik dan lihat bagaimana. Perlawanan pertama ini pen-ting untuk pasukan. Kehilangan pemain terbaik tahun lalu adalah masalah buat kami. Justeru, kami akan memastikan mereka semula dalam keadaan baik sebelum diturunkan,” kata Kloop. – AGENSI
Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
VAN DIJK (kiri) dan Gomez yang berehat panjang akibat kecederaan mungkin beraksi pada perlawanan pembukaan EPL menentang Norwich di Stadium Carrow Road tengah malam ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|