View: 882|Reply: 1
|
Brentford benam Arsenal pada penampilan sulung EPL
[Copy link]
|
|
LONDON: Brentford membuat kemunculan hebat dalam liga utama England dalam tempoh 74 tahun apabila gol daripada Sergi Canos dan Christian Norgaard memberikan kemenangan 2-0 mengatasi Arsenal di depan penonton penuh dekat Stadium Brentford Community, sebentar tadi.
Skuad Bees menghabiskan musim pertama mereka di gelanggang baharu bermain secara tertutup namun bangkit di depan 17,000 penyokong dalam perlawanan pertama mereka dalam Liga Perdana sejak Mac 2020.
"Suasana menakjubkan," kata pengurus Brentford, Thomas Frank. "Kali pertama di liga utama, kami membuka musim Liga Perdana dan buat penyokong kami, mereka boleh bermimpi. Kami teratas liga.
"Kami akan meraikan setiap kemenangan, tapi kami mahu lagi."
Sebaliknya bos Arsenal, Mikel Arteta nyata sudah tertekan.
Skuad Gunners menamatkan kedudukan di tangga kelapan dalam setiap dua musim dia mengemudi kelab berkenaan dan pengendali dari Sepanyol itu ada tugasan mencabar menukar situasi sebelum rehat saingan antarabangsa pada September dengan pasukan pilihan Chelsea dan Manchester City akan ke Arsenal bagi dua perlawanan berikutnya.
Ethan Pinnock mengumpan buat Canos di bahagian kiri Brentford sebelum dia melepaskan sepakan kencang yang menewaskan Bernd Leno di penjuru.
Arsenal cuba bangkit pada babak kedua namun pemain gantian Brentford, Norgaard memastikan kemenangan 17 minit sebelum tamat. - AFP
BHarian
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Brentford, Sergi Canos (tengah) meraikan jaringan pembukaannya ketika saingan Liga Perdana menentang Arsenal di Stadium Brentford Community dekat London. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|