View: 800|Reply: 2
|
Tempoh rehat berharga buat TFC
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Tempoh rehat dua minggu sebelum perlawanan berikutnya berlangsung begitu melegakan kem pasukan Terengganu FC (TFC) bagi memastikan pemain mendapat rehat yang mencukupi.
Nada gembira itu diluahkan pengurusnya, Zulfadli Rozi yang mengakui masa berkenaan cukup berharga selain mengharapkan pemain memanfaatkannya dengan sebaik mungkin untuk kembali mendapatkan tahap kecergasan terbaik sebelum menamatkan Liga Super.
Tambahnya, tempoh rehat itu juga memberi peluang kepada dua pemain import, David Da Silva dari Brazil dan kapten dari Filipina, Carli De Murga, pulih daripada kecederaan ringan.
Sepatutnya skuad kendalian Nafuzi Zain itu menentang seteru, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam esok, namun ditunda pada 21 Ogos ini.
"Berita penangguhan itu begitu menggembirakan kami bagi membolehkan pemain mendapat rehat yang secukupnya selepas melalui jadual perlawanan yang begitu padat.
"Walaupun mungkin menjejaskan tempo permainan, pemain-pemain tetap bersemangat dan komited dalam setiap perlawanan. Jadi saya sangat berbangga dengan mereka.
"Kita akan gunakan tempoh yang ada untuk fokus baki empat perlawanan lagi selain beberapa pemain kembali daripada kecederaan dalam misi memburu slot ke pentas Piala AFC musim depan selepas kecewa musim ini," katanya.
Terdahulu jadual perlawanan padat dengan tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari telah memberi kesan kepada pemain TFC sehingga ada pemain yang mengalami kecederaan ringan.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Zulfadli (kanan) lega tempoh rehat dua minggu memberi peluang kepada pemain untuk meningkatkan tahap kecergasan. FOTO Ihsan TFC |
|
|
|
|
|
|
|
A really good post, very thankful and hopeful that you will write many more posts like this one.
MyGroundBiz |
|
|
|
|
|
|
| |
|