View: 756|Reply: 1
|
Sri Pahang elak tersingkir Liga Super
[Copy link]
|
|
Kuantan: Sri Pahang FC perlu menggandakan prestasi dan tampil lebih yakin bagi mengelak berada pada dua kedudukan tercorot Liga Super.
Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kedudukan kesembilan ketika ini belum lagi selamat jika skuad itu gagal beraksi dengan baik pada lima baki perlawanan.
"Ini kerana tiga pasukan yang berada di kedudukan bawah masih boleh memintas jika Sri Pahang gagal beraksi pada tahap terbaik.
"Bagi saya semua pemain perlu mempertingkatkan kualiti permainan mereka dan tidak keciciran mata terutama ketika beraksi di laman sendiri.
"Misi wajib adalah mengutip tiga mata di laman sendiri sekali gus membantu memperbaiki kedudukan dalam saingan liga," katanya.
Selepas 17 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan dengan 17 mata ketika Melaka United pula mengutip 16 mata, Perak FC (13 mata) dan UiTM FC (lima mata).
Berdasarkan kedudukan itu, kedudukan skuad kendalian Dollah Salleh dalam situasi bahaya ketika tiga pasukan berjaya mengutip mata kerana mereka juga masih mengelak di zon penyingkiran.
Dengan baki lima perlawanan, termasuk tiga perlawanan di laman sendiri, skuad Tok Gajah tidak boleh keciciran mata.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Sri Pahang FC, Kenjok Athiu (dua kanan) mengejar bola sambil diasak pemain Terengganu FC, Arif Fazillah (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 7 Ogos lalu. FOTO Ghazali Kori |
|
|
|
|
|
|
| |
|