CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 1

'Harapan peminat tanggungjawab penting' - Cheng Hoe

[Copy link]
Post time 10-8-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Diluah mati mak, ditelan mati bapa! Itu situasi sebenar yang dialami pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang ramai tidak sedar dan tahu betapa jurulatih berusia 53 tahun itu banyak berkorban demi menjaga keharmonian meskipun dirinya bakal dikecam jika gagal mencapai sasaran.

Disebelah kanannya, perjalanan Liga Malaysia (Liga M) tetap harus dihabiskan manakala di sebelah kirinya pula, terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang cukup ketat terutama untuk mengadakan aksi persahabatan yang akhirnya tidak diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Lantas, melihat masalah terbabit, apa sebenarnya pilihan yang ada di tangan pengendali dari Kedah itu yang sebenarnya turut memegang amanah dan harapan jutaan rakyat negara ini yang mahu melihat skuad Harimau Malaya tampil garang dalam setiap aksi.

Begitupun, Cheng Hoe tidak pernah mengeluh atau menoleh ke belakang apabila sebaliknya tetap kuat memegang tanggungjawabnya sebagai jurulatih negara yang bakal menghadapi dua kejohanan penting iaitu Piala AFF pada Disember ini serta pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Februari depan.

"Apabila jadi jurulatih, saya rasa setiap harapan peminat adalah tanggungjawab yang penting kerana penyokong sentiasa nak tengok skuad kebangsaan berada pada tahap terbaik dalam mana-mana perlawanan.

"Tapi kita tetap kena ikuti perkembangan dan situasi semasa di mana masalah Covid-19 yang sudah berlanjutan setahun lebih ini tidak tahu sampai bila akan berakhir.

"Sebagai jurulatih saya kena sentiasa berfikir positif apabila kadang-kadang kena korbankan demi keselamatan dan kesihatan setiap individu, pemain ataupun rakyat.

"Ia kita tahu liga (Liga M) juga mesti dihabiskan musim ini, begitu juga halangan-halangan daripada MKN yang perlu jaga risiko penularan, tetapi saya tetap kena kuat walaupun bila kita pergi (menyertai kejohanan) keputusan mungkin tidak memihak kita kerana kekurangan tempoh untuk bersama," katanya kepada Arena Metro.

Cheng Hoe terpaksa melupakan hasrat untuk mengadakan dua aksi persahabatan pada jendela perlawanan antarabangsa selepas MKN tidak meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus menyaksikan kem latihan juga dibatalkan dari 30 Ogos hingga 7 September ini.

Malah, pembatalan latihan pusat itu juga sebenarnya untuk memberi laluan kepada Liga M bagi dihabiskan selepas pasukan Kedah Darul Aman FC tidak beraksi sejak dua minggu lalu ekoran dua pemainnya didapati positif Covid-19.

Lantas, Cheng Hoe kini hanya tinggal dua kem latihan iaitu pada Oktober dan November ini bagi menyiapkan pasukan sebelum turun di saingan Piala AFF hujung tahun ini.

"Saya harap, perjalanan liga tidak terganggu lagi dengan kes Covid-19. Harap semua pasukan dapat habiskan liga dan kalau semuanya berjalan baik, saya rasa kita boleh berlatih dan buat perancangan lebih kemas," kata Cheng Hoe yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2018 lalu.

sumber : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2021 09:15 PM | Show all posts

Tan Cheng Hoe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046867 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list