View: 748|Reply: 1
|
Akhirnya, KL City FC kutip tiga mata
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Badi seri dalam empat aksi berturut-turut akhirnya terlerai apabila Kuala Lumpur City FC (KL City FC) merakam kemenangan 1-0 ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City) dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.
Kejayaan mengutip tiga mata itu pastinya memberi kelegaan buat pengendali KL City FC, Bojan Hodak yang sebelum perlawanan itu menegaskan mahu anak buahnya menamatkan siri keputusan seri dicatat sebelum ini.
Tuan rumah yang turun tanpa dua penyerang utama ekoran kecederaan dan masalah kesihatan, mendahului menerusi sentuhan ketua pasukan, Paulo Josue pada minit ke-31 untuk meletakkan KL City FC di depan.
Walaupun pelawat cuba bangkit dengan aksi lebih kemas, ketumpulan jentera serangan nyata mengecewakan kem PJ City yang terpaksa melangkah ke bilik persalinan tanpa sebarang gol.
Bersambung babak kedua, skuad Warga Kota hampir menambah gol kedua, namun tandukan Romel Morales sedikit tersasar selepas menyambut sepakan percuma Josue di minit ke-48.
PJ City yang dibimbing P Maniam seharusnya mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-63 namun kegagalan R Kogileswaran membaca hantaran Mahali Jasuli cukup mengecewakan.
Menuju minit ke-87, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol pelawat, Ahmad Syihan Hazmi didakwa menjatuhkan Hadin Azman di dalam kotak penalti.
Begitupun, Syihan bertindak cemerlang menghalang sepakan Josue, sekali gus kemenangan tipis kekal memihak tuan rumah.
sumber : HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
KAPTEN KL City FC, Paulo Josue (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super menentang PJ City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI |
|
|
|
|
|
|
| |
|