View: 837|Reply: 1
|
Ketiadaan Messi berita buruk buat La Liga
[Copy link]
|
|
Madrid: Berita mengenai pemergian Lionel Messi bukan saja memberi tamparan buat Barcelona tapi turut menjadi satu bencana terhadap prestij La Liga.
Sebelum ini ramai pemain terbaik di dalam dunia bermain di Sepanyol, sekarang ini semuanya sudah berubah.
Neymar meninggalkan Barcelona pada 2017 untuk ke Paris Saint Germain (PSG) sebelum Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat tinggal kepada Real Madrid pada tahun berikutnya.
Xavi Hernandez dan Andres Iniesta bersara dan baru-baru ini Sergio Ramos menamatkan aksi 16 tahun bersama Real untuk menyertai PSG.
Sekarang Messi juga dalam perjalanan untuk berbuat demikian selepas Barcelona tidak mampu untuk menyambung kontrak bintang Argentina berusia 34 tahun itu, berikutan masalah kewangan kelab.
Hampir 17 tahun selepas melakukan kemunculan pertama di La Liga pada usia 17 tahun, masa depan Messi sekarang ini kelihatan akan meninggalkan Sepanyol dengan PSG hadir sebagai pasukan pilihan untuk memikatnya ke Perancis.
Penganalisis di Sepanyol setuju bahawa ketiadaan Messi bukan saja memberi impak buat Barca tapi kepada liga secara keseluruhan.
"Ia satu tamparan hebat. Ia akan memberi kesan kepada semua pihak. Tidak akan ada lagi jersi yang akan terjual, jaringan yang tidak dapat disempurnakan dan ia akan memberi impak kepada penajaan juga," kata profesor ekonomi di Universiti Oviedo, Placido Rodriguez Guerrero.
sumber : HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
GAMBAR Messi (kiri) terpampang di kedai rasmi Barcelona. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|