CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 4

[Sarawak] Proklamasi Darurat selaras dengan pendirian Kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 31-7-2021 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Proklamasi Darurat selaras dengan pendirian Kerajaan Sarawak


KUCHING: Proklamasi darurat oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan pendirian Kerajaan Negeri Sarawak yang mengutamakan keselamatan, kebajikan dan menegakkan amalan demokrasi berparlimen.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata kerajaan negeri memberi sokongan penuh ke atas proklamasi darurat tersebut berkuatkuasa 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari tahun depan.

Dengan proklamasi darurat ini katanya, maka pilihan raya negeri (PRN) yang perlu diadakan boleh ditangguhkan sehingga satu tarikh apabila keadaan COVID-19 telah mencapai tahap yang selamat untuk diadakan PRN.

“Kami menjunjung kasih dan mengucapkan terima kasih atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memastikan PRN boleh diadakan cuma apabila keadaan pandemik di negeri ini sudah dikawal dan tidak menjejaskan keselamatan rakyat negeri ini.

“Namun, bagi memastikan amalan demokrasi berparlimen dijaga, mandat daripada rakyat Sarawak perlu didapatkan semula sebaik sahaja keadaan pandemik mengizinkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Abang Johari mengikut Ordinan, darurat ini akan tamat pada 2 Februari 2022 atau boleh ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong setelah menimbangkan pandangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Dengan adanya peruntukan ini, maka akan terjamin bahawa mandat daripada rakyat akan diperolehi dengan segera sebaik sahaja keadaan pandemik ini dapat dikawal dan mengizinkan.

Yang penting menurut Abang Johari, ianya hanya akan berlaku sekiranya berdasarkan data saintifik dan nasihat profesional, keselamatan dan kesihatan rakyat tidak akan dikompromi sebelum PRN diadakan.


utusanborneo.com.my/2021/07/31



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 04:16 PM | Show all posts
Lanjutan tempoh darurat perlu - Pemimpin politik Sarawak



KUCHING: Pemimpin parti politik di Sarawak menyambut baik pelanjutan tempoh darurat selama enam bulan di negeri ini, langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing (gambar) berkata pelanjutan perintah itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan, yang sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan, adalah wajar kerana ia berdasarkan nasihat yang disarankan pakar.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu berkata keputusan tersebut juga relevan jika dilihat dari situasi semasa pandemik di negeri ini dan untuk mengelak kemungkinan berlakunya lonjakan kes COVID-19 sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

"Namun, sekiranya dalam beberapa minggu akan datang, jika kita dapat melandaikan keluk kes COVID-19 di negeri ini, maka kita boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan darurat," katanya kepada Bernama, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata Proklamasi Darurat di Sarawak adalah wajar atas faktor keselamatan dan nyawa rakyat di negeri itu yang kini berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang penularannya masih tinggi.

Katanya GPS dan seluruh rakyat Sarawak berharap keadaan akan menjadi semakin baik seiring dengan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) apabila 100 peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka menerima dos lengkap vaksin pada Oktober ini.

“Perkembangan itu nanti akan membolehkan banyak sekatan yang dilaksanakan dilonggarkan dan kehidupan rakyat akan kembali pulih seperti biasa secara berperingkat.

“Justeru dalam keadaan itu, Yang di-Pertuan Agong mungkin berkenan untuk menamatkan Proklamasi Darurat lebih awal yang akan membolehkan PRN diadakan bagi membolehkan rakyat di negeri ini melaksanakan hak mereka untuk memilih dan memberi mandat untuk mentadbir kerajaan negeri,” katanya, sambil menambah GPS menaruh sepenuh keyakinan di atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam perkara itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching dari parti DAP Dr Kelvin Yii berkata pelanjutan itu selaras dengan pendirian partinya yang mementingkan kesesuaian untuk mengadakan pilihan raya di Sarawak semasa pandemik COVID-19.

"Dengan (pelanjutan darurat) kerajaan hari ini perlu menggunakan tempoh ini sepenuhnya untuk melaksanakan pembaharuan dalam pilihan raya yang diperlukan untuk memastikan proses pilihan raya yang lebih selamat termasuk membenarkan rakyat Sarawak di luar Sara

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu diharap dapat mengelakkan perkara yang berlaku semasa PRN Sabah daripada berulang, yang menyaksikan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di seluruh negara selepas itu.

Beliau berkata keadaan di Sarawak lebih kritikal sekarang dengan kes COVID-19 varian Delta yang dilaporkan di negeri ini.

"Walaupun Gabungan Parti Sarawak (GPS) ingin kembali kepada rakyat untuk memperbaharui mandat mereka dalam pilihan raya tetapi kami berpendapat menyelamatkan nyawa manusia dan untuk mengelakkan lebih banyak jangkitan yang boleh membawa kematian dan penderitaan perlu diberi keutamaan daripada pertimbangan lain," katanya.

GPS terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), PRS dan Parti Demokratik Progresif (PDP). - Bernama


utusanborneo.com.my/2021/07/31
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 04:22 PM | Show all posts
Proklamasi Darurat untuk Sarawak sememangnya dijangka - Wan Junaidi



KUCHING: Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk Sarawak sememangnya dijangka berikutan keadaan COVID-19 di negeri ini belum mencapai kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata, perkara ini sudah dibincangkan secara panjang lebar antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju (keputusan untuk melanjutkan Proklamasi Darurat di Sarawak) atas nasihat KKM.

“Ia bagi mengelakkan episod jangkitan COVID-19 di Sabah pada September 2020 berulang di negeri ini. Malah kali ini lebih kritikal dengan adanya varian Delta di Sarawak dan Semenanjung,” katanya kepada Utusan Borneo, hari  ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Proklamasi Darurat diisytiharkan oleh  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sekali gus menggantung Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 bermula 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari 2022.

Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memang hendak mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memperbaharui pemilihan pada PRN.

Bagaimanapun sebagai pemimpin yang bertanggungjawab katanya, GPS harus mengutamakan nyawa daripada mengadakan PRN dahulu.

“GPS sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi PRN. Kesemua wakil rakyatnya sudah berada di lapangan sejak 2019.

“Sejak permulaan COVID-19 iaitu daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada bulan Mac 2020, wakil rakyat GPS telah turun padang membantu rakyat di mana-mana tempat termasuk di pusat bandar, kampung, rumah panjang mahupun kawasan pedalaman yang terpencil.

“Kita berkerja keras memberikan bantuan seperti makanan terutama penduduk yang terjejas serta pembukaan pusat pemberian vaksin bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat vaksin,” katanya.

Tambahan pula katanya, Ketua Menteri dan pasukan kabinetnya sentiasa memantau projek dan program yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi memastikan ia berjalan meskipun dalam tempoh yang mencabar ini.

“Kerajaan GPS sudah bersedia untuk PRN, namun dalam keadaan ini, GPS berpendapat keselamatan rakyat perlu didahulukan san diutamakan daripada perkara lain,” ujar Ahli Parlimen Santubong itu.


utusanborneo.com.my/2021/07/31
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 04:23 PM | Show all posts
Darurat untuk Sarawak wajar, mengambil kira keselamatan dan nyawa rakyat - Nanta




KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik Proklamasi Darurat untuk negeri Sarawak mulai 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari 2022.

Setiausaha GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata, darurat itu yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wajar dilaksanakan.

Ini kerana, katanya, ia mengambil kira keselamatan dan nyawa rakyat di negeri ini yang belum bersedia untuk berhadapan dengan PRN disebabkan penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi.

“GPS menjunjung kasih dan menyambut baik keprihatinan Yang di-Pertuan Agong yang mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Sarawak bermula 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari 2022 bagi menggantung PRN Sarawak ke-12.

“Bagaimanapun, GPS dan seluruh rakyat Sarawak berharap keadaan akan menjadi semakin baik seiring dengan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang mana 100 peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka menerima dos lengkap vaksin pada Oktober ini,"  katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata,  perkembangan itu akan membolehkan banyak sekatan yang dilaksanakan dilonggarkan dan kehidupan rakyat akan kembali pulih seperti biasa secara berperingkat.

Maka dalam keadaan itu, kata Nanta, Yang di-Pertuan Agong mungkin berkenan untuk menamatkan Proklamasi Darurat lebih awal bagi membolehkan PRN diadakan.

“Dengan ini, rakyat Sarawak dapat melaksanakan hak mereka untuk memilih dan memberi mandat kepada GPS untuk mentadbir kerajaan negeri.

“GPS menaruh sepenuh keyakinan di atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat untuk menggantung PRN Sarawak ke-12 bermula Isnin ini sehingga 2 Februari 2022.

Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.

Menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan  Negeri (DUN) itu sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas, namun fasal berkenaan tidak mempunyai kuasa menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung pembubaran DUN itu.

Warta Kerajaan Persekutuan itu menyebut ordinan berkenaan akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos menurut Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Jan, di mana PRN Sarawak dikehendaki diadakan dalam 60 hari dari 2 Ogos mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.


utusanborneo.com.my/2021/07/31
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 04:25 PM | Show all posts
Proklamasi Darurat untuk Sarawak dialukan, demi keselamatan rakyat Sarawak



KUCHING: Pengumuman mengenai Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan amat dialu-alukan kerana ia sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian menerusi catatan Facebooknya hari ini berkata, beliau amat berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak kerana meneruskan darurat "setempat" kepada Sarawak.

"Terima kasih kepada Agong dan Yang di-Pertua Negeri atas rundingan dengan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dengan nasihat para profesional sejak beberapa minggu kebelakangan ini untuk darurat  "setempat" kepada Sarawak selama 6 bulan lagi," katanya menerusi catatan dalam catatan Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata pilihan raya hanya akan diadakan sebaik sahaja semuanya selamat untuk berbuat demikian terutama semasa pandemik kini.

"Sebaik sahaja ia 'selamat', kita perlu mengembalikan mandat kepada rakyat. Biar rakyat memutuskan siapa yang cekap, bekerja dan menjalankan tugas semasa waktu mencabar ini atau mereka yang hanya meneruskan tabiat biasa untuk berpolitik untuk diri mereka sendiri," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, DAP juga mengalu-alukan lanjutan Darurat untuk Sarawak, yang mana akan berakhir pada hari kedua Tahun Baharu Cina.

"Ini bermaksud darurat setempat akan dilakukan di Sarawak untuk mengelakkan Pilihan Raya diadakan sebaik sahaja darurat di seluruh negara berakhir mulai Ogos.

"Ini selaras dengan apa yang telah kami tekankan kerana kami mementingkan kesesuaian untuk mengadakan pilihan raya di Sarawak dalam tempoh ini," katanya.

Beliau berharap kerajaan hari ini memanfaatkan masa ini sepenuhnya untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya yang diperlukan untuk memastikan "proses pilihan raya yang lebih selamat" termasuk membenarkan orang-orang Sarawak di luar Sarawak untuk megundi di mana mereka berada tanpa perlu terbang kembali hanya untuk mengundi.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.

Menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan  Negeri (DUN) itu sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas, namun fasal berkenaan tidak mempunyai kuasa menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung pembubaran DUN itu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 sepatutnya diadakan dalam masa 60 hari selepas 1 Ogos (esok) dimana Darurat sedia ada telah berakhir.



utusanborneo.com.my/2021/07/31
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053153 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list