CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran kereta: Mekanik muda ditangkap

[Copy link]
Post time 31-7-2021 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Kebakaran kereta: Mekanik muda ditangkap




PADAWAN: Seorang mekanik berusia 21 tahun ditangkap bagi membantu siasatan polis berhubung insiden kebakaran sebuah kereta kira-kira jam 1.20 pagi di Batu 18 Kuching-Serian, semalam.

Lelaki terbabit ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan bersama Cawangan D7 IPK Sarawak di pekarangan pejabat JSJ IPD Padawan sekitar jam 4.45 petang pada hari sama kejadian.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian tersebut disyaki berpunca akibat daripada insiden isu pengagihan bekalan makanan kepada penduduk pada 11 Julai yang lalu.

Menurutnya, kenderaan terbabit milik mangsa iaitu anak kepada pemilik kedai yang diserang dan dipecah harta benda oleh sekumpulan individu di dalam kedainya di Duranda Emas Siburan, Jumaat lalu.

Jelasnya, suspek yang ditahan bagaimanapun tidak mengaku membakar kenderaan milik pengadu.

“Hasil siasatan awal terhadap kebakaran sebuah kereta jenis Toyota Ipsum mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

“Siasatan masih diteruskan memandangkan tiada liputan sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di tempat kejadian namun terdapat liputan di kedai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil tangkapan itu turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.
Katanya, suspek kini telah ditahan di Lokap Balai Polis Siburan dan direman hari ini.


sarawakvoice.com/2021/07/31


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067232 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list