CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 1

Celtic gagal ke Liga Juara-Juara

[Copy link]
Post time 29-7-2021 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Copenhagen: Celtic gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini, selepas tumpas 1-2 di masa tambahan kepada wakil Denmark, Midtjylland menyebabkan kelab dari Scotland itu tersingkir di pusingan kedua kelayakan dengan agregat 3-2.
Celtic, yang juga kelab Britain pertama muncul juara saingan Eropah itu pada 1967, perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal mempertahankan gol awal sekali gus menyebabkan mereka hanya berpeluang untuk beraksi di Liga Europa namun perlu melepasi halangan wakil Republik Czech, Jablonec.
Callum McGregor meledak gol untuk memberikan mereka sedikit harapan, selepas melakukan sepakan voli berpunca daripada sepakan penjuru tiga minit sebaik separuh masa kedua bermula.
Kelab yang dibimbing jurulatih baru dari Australia, Ange Postecoglou, tersentak selepas Midtjylland berjaya menyamakan kedudukan selepas sejam aksi berlangsung melalui Awer Mabil.
Celtic terus ketinggalan selepas empat minit aksi tambahan masa bermula apabila Raphael Onyedika melakukan rembatan dari jarak dekat.
Kelab Denmark itu sekarang ini akan berdepan pasukan berpengalaman dari Belanda, PSV Eindhoven yang menang 2-1 di tempat lawan sekali gus menyingkirkan Galatasaray dengan agregat 7-2.
Dalam aksi lain menyaksikan Sparta Prague bangkit dari ketinggalan 1-2 di tempat lawan sebelum mencatat kemenangan 2-0 di laman sendiri.
Juara 1991, Red Star Belgrade pula membelasah wakil Kazakhstan, Kairat 5-0 untuk mara dengan agregat 6-2.
Kelab dari Greece, Olympiakos menang 1-0 ke atas pasukan Azerbaijan, Nefthci Baku untuk mara dengan agregat 2-0.
Wakil Moldova, Sheriff Tiraspol mengetepikan Alashkert dari Armenia dengan agregat 4-1 dan kelab Romania, Cluj tidak berdepan masalah menumpaskan pasukan Gibraltar, Lincoln Red Imps, hasil kemenangan agregat 4-1.
Kelab Bulgaria, Ludogorets menumpaskan NS Mura dari Slovenia 3-1 dan wakil Switzerland, Young Boys Berne mengetepikan Slovan Bratislava 3-2 selepas perlawanan pertama sebelum ini beraksi tanpa sebarang jaringan.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 09:09 PM | Show all posts

PEMAIN Celtic, Ryan Christie (kanan) kecewa selepas pasukannya tersingkir di pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.192738 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list