CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 1

Kurniawan tidak puas hati prestasi Sabah FC

[Copy link]
Post time 29-7-2021 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Sabah Football Club (FC), Kurniawan Dwi Yulianto mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi anak didiknya yang hanya mampu seri 2-2 dengan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super, di Stadium Likas, malam tadi.
Menurutnya, selepas tewas dalam aksi sebelum ini, mereka sepatutnya bangkit untuk memperoleh kemenangan lebih-lebih lagi ketika beraksi di gelanggang sendiri.
Bagaimanapun, jurulatih dari Indonesia itu berkata, beliau tetap menghargai kerja keras pemain yang berjuang hingga minit terakhir untuk mengelak pasukan daripada kecundang buat kali kedua berturut-turut.
"Saya menghargai kerja keras pemain kerana berjuang hingga minit akhir dan tahniah untuk Sri Pahang kerana mendapat satu mata.
"Tetapi terus-terang kita memang tidak berpuas hati sebab sasaran kita adalah untuk menang.
"Permainan malam ini (malam tadi) kita sepatutnya menang atau kalah kerana banyak peluang tidak dimanfaatkan dengan baik, mungkin ada empat hingga lima kali dengan kebarangkalian menghasilkan gol antara 80 peratus hingga 90 peratus.
"Kita tidak berdisiplin dalam menjaga pemain lawan. Bagaimanapun, hal positif pemain kita berjuang hingga minit terakhir. Apabila tertinggal, mereka berusaha untuk menyamakan kedudukan dan tetap bersyukur mendapat satu mata," katanya selepas perlawanan malam tadi.
Dalam aksi malam tadi, penyerang import Sabah FC, Josip Ivancic menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94, seminit selepas pemain Sri Pahang, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol kedua Pahang, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Terdahulu sebelum itu, Ivancic turut meledak gol pertama buat Sabah FC manakala gol penyamaan Sri Pahang FC selepas itu dijaringkan Muhamad Baqiuddin Shamsudin.
Kurniawan berkata, kecederaan dialami salah seorang pemain pertahanannya, Park Taesu yang terpaksa dikeluarkan pada minit awal permainan sedikit sebanyak mempengaruhi permainan Sabah FC terutama di bahagian tengah.
Sementara itu, pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh berkata, ini kali ketiga pasukannya dihampakan dengan jaringan gol saat akhir yang menyebabkan usaha mengutip tiga mata tidak kesampaian, selepas pertemuan dengan Perak dan Melaka sebelum ini.
"Permainan malam ini nampak seimbang dan saya bangga dengan kerja keras pemain walaupun gol minit akhir (Sabah) itu tidak sepatutnya berlaku. Ini perlawanan ketiga kita berdepan situasi seperti ini.
"Itu kecuaian kita, pemain patut tahu, satu minit punya hal mengubah keputusan perlawanan. Pemain kita sepatutnya terus di bawah dan tidak leka," katanya.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 09:03 PM | Show all posts

PEMAIN Sabah FC, Josip Ivancic (dua dari kiri) meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas, malam tadi. FOTO MOHD ADAM ARININ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035108 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list