CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2140|Reply: 1

“Tak Tahu Nak Cakap, Ya Allah… ” - Gadis Ini Menangis, Tak Sangka Hafiz Mahamad

 Close [Copy link]
Post time 26-7-2021 01:20 PM | Show all posts |Read mode
“Tak Tahu Nak Cakap, Ya Allah… ” - Gadis Ini Menangis, Tak Sangka Hafiz Mahamad Join Live Bantu Beli Jualan

Mya Amri
Julai 26, 2021 10:40 MYT



Seorang gadis menangis kerana tidak menyangka personaliti media sosial, Hafiz Mahamad membantu membeli barangan jualannya.

Momen tersebut berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Fazeera itu membuat jualan secara langsung menerusi Instagram.

Pada mulanya dia hanya mempromosikan barangan jualannya namun terkejut apabila Hafiz meminta izin untuk ‘masuk’ ke dalam siaran langsung itu.

Fazeera yang terharu dengan tindakan Hafiz membantu perniagaan itu kemudiannya menangis sambil mengucapkan terima kasih.

“Abang Hafiz nak saya accept ke? Ya Allah menangis weh… Tak tahu nak cakap macam mana Ya Allah.

“Tengah shaking… Tak tahu nak promote, tak pandai dah nak cakap. Terima kasih…” ujarnya.

Momen tersebut dikongsi oleh Hafiz menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menurut Hafiz, dia cuba untuk membantu mereka yang terjejas dan tidak putus asa mencari rezeki.

“Rajin mereka cari rezeki time PKP ini. Saya masuk lagi live orang berniaga. Muda-muda.

“Saya suka sangat tengok mereka, mereka terkejut saya masuk live. Saya tanya mereka umur berapa dan berapa jam buat live.

“Umur mereka ada yang 16 hingga 22 tahun. Dia jawab “dah 1-2 jam live bang, biasa habis jam 2 pagi.

“Terkejut saya, view 2-30 orang pun mereka tetap teruskan tanpa henti. Alhamdulillah bersemangat sangat mereka,” coretnya.

Jelas Hafiz lagi, dia membantu dengan cara membeli pakaian yang dijual untuk diberikan kepada penonton yang menonton siaran langsung mereka.

“Saya cuba masuk support. Alhamdulillah live mereka naik 2000-3000 sabahat yang masuk live. Semangat mereka nak meniaga.

“Saya beli juga pakaian mereka untuk mereka bagi dekat sahabat yang menonton. Ada yang menangis, ada yang terkejut.

“Orang yang kerja keras akan faham perasaan tu, abang faham perasaan adik-adik semalam.

“Bila orang yang berusia berniaga sebabnya untuk menyara keluarga. Bila orang muda pula sebabnya untuk bantu keluarga.

“InsyaAllah musim PKP ni kita sama-sama support tau,” tulisnya.

Selain Fazeera, Hafiz juga turut membantu beberapa orang lagi yang membuat siaran langsung pada hari tersebut dan juga sebelumnya.

Sekadar info, Hafiz yang juga merupakan suami kepada personaliti media, Syafiqah Aina sebelum ini terkenal sebagai antara individu yang pemurah dan sering membantu golongan memerlukan.

Sumber: Gempak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2021 01:21 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.043259 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list