CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2120|Reply: 13

Carikan madu untuk suami

[Copy link]
Post time 23-7-2021 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Carikan madu untuk suami
Sri Ayu Kartika Amri dan Redzuan Muharam


SUMAIYAH (kanan) dan Siti Nor bahagia di sisi suami tercinta, Abd Rashid Zainal. FOTO Ihsan Sumaiyah Sulaiman

Kuala Lumpur: Sebut saja mengenai poligami pasti membuatkan kaum hawa jadi tidak keruan. Perkataan itu membuatkan mereka paranoid kerana enggan berkongsi kasih hingga timbul tanggapan negatif mengenainya, walaupun poligami adalah syariat Islam.

Lebih menyedihkan apabila ada wanita sanggup memilih untuk bercerai daripada hidup berpoligami biarpun sudah membina mahligai sejak berpuluh tahun lamanya.

Bagaimanapun, ada juga wanita yang terbuka untuk berpoligami, malah turut menjadi 'ejen cari jodoh' buat suami mereka di laman sosial.

Lebih mengagumkan apabila ada antara mereka yang boleh tinggal sebumbung dengan madu dan hidup bahagia dengan suami tercinta.

Ikuti kisah hidup sebahagian mereka sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan Sri Ayu Kartika Amri dan Redzuan Muharam.

KISAH 1

Kajang: Hubungan poligami mungkin ditakuti kebanyakan wanita dan alasan lazimnya adalah kerana enggan berkongsi kasih namun tidak bagi ibu kepada sembilan anak, Sumaiyah Sulaiman.

Buktinya, Sumaiyah, 47, dari Sungai Ramal Luar, di sini, dengan rela hati merisik wanita yang juga rakan baiknya, Siti Nor Jaffar, 47, menjadi isteri kedua buat suaminya, Abd Rashid Zainal, 46, 15 tahun lalu.

Menurut Sumaiyah, suaminya tidak pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin lagi, malah mereka bahagia dengan adanya empat zuriat ketika itu, tetapi dia sendiri mahu merasai pengalaman hidup berpoligami.

"Niat untuk menjalani hubungan poligami sudah lama ada kerana ia dalam syariat, jadi mustahil Allah menghalalkan sesuatu yang memudaratkan.

"Jadi, saya luahkan hasrat itu kepada suami dan dia tidak keberatan cuma minta saya yang carikan (isteri) untuknya.

"Ikutkan tiada calon, tetapi kebetulan teringat Siti Nor yang juga rakan baik sekuliah ketika menuntut di Jordan jadi cuba menghubunginya bagi memberitahu hasrat saya sebelum mengajaknya ke rumah untuk berkenalan dengan suami," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sumaiyah berkata, proses perkenalan berjalan lancar, tetapi keluarga terutama daripada sebelah suami terkejut dengan tindakannya, namun dia cuba menerangkan kepada mereka alasannya berbuat demikian.

"Keluarga agak terperanjat dan ada yang risau dengan nasib saya jika suami berkahwin lagi.

"Bagaimanapun, saya cuba yakinkan keluarga dengan beritahu madu seorang yang baik dan akhirnya mereka dapat menerimanya.

"Saya ada empat anak ketika itu dan ada beritahu mereka yang babah (panggilan anak kepada suami) akan berkahwin lagi dan mendapat ibu baharu. Alhamdulillah, mereka faham walaupun masih kecil ketika itu," katanya.

Menurut Sumaiyah, dia dan Siti Nor mulanya tinggal berasingan sebelum duduk bersama dua tahun selepas berkahwin dengan suami.

Sumaiyah mengakui mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan selepas suaminya menikahi Siti Nor, namun hanya untuk seketika dan bukan dalam tempoh lama.

"Ilmu yang ada sedikit dan kami bertiga pula tiada pengalaman jadi hanya tahu apa erti sebenar poligami selepas melaluinya.

"Biasalah, apabila kita melakukan perkara baik dengan niat kerana Allah, ujiannya lebih kuat tetapi saya cuba tetapkan pendirian dan terima hakikat untuk berkongsi kasih serta berdamai dengan takdir.

"Salah faham dalam hubungan itu memang ada dalam perhubungan tetapi tidak lama kerana saya dan madu lebih suka bertolak ansur tanpa terlalu berkira soal penggiliran," katanya yang mengakui akrab dengan madunya.

Menurut Sumaiyah, memang ada yang mencemuh Siti Nor pada peringkat awal kerana mereka beranggapan madunya itu menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan suami.

Selepas mengetahui kisah sebenar, individu berkenaan tampil memohon maaf dan kini tiada lagi kata-kata negatif diterima daripada insan sekeliling.

KISAH 2

Kuala Langat: Seperti segelintir wanita, Norhayati Mohd Salleh, 37, juga sukar menerima hubungan poligami, malah tersentak ketika suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Baginya, perasaan itu normal kerana tiada siapa mahu berkongsi kasih namun persepsinya berubah selepas diajak suami, Musa Mohd Amin, 37 untuk mendalami ilmu mengenai poligami.

Pemahaman mengenai poligami itu juga menjadikan persepsi negatif yang ada dalam diri hilang hingga Norhayati terbuka hati untuk hidup bermadu.

"Jujurnya, saya menentang dan marah apabila suami menyatakan keinginannya untuk berkahwin lagi hingga mempersoalkan mengapa perlu ada yang ketiga sedangkan rumah tangga kami bahagia.

"Suami berterus terang dengan niatnya untuk menambah lagi zuriat dan kami cuba berbincang secara baik kemudian mencari ilmu dengan menyertai kumpulan poligami dan meminta pasangan dalam komuniti itu berkongsi pengalaman mereka.

"Penyertaan dalam kumpulan itu beri peluang kepada saya melihat keindahan poligami dan ikutkan, suami tiada calon pada awalnya, tetapi dia minta saya carikan," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Bandar Saujana Putra, di sini.

Menurut ibu empat anak itu, dia pernah berikhtiar mencari jodoh buat suaminya dengan memuat naik hantaran di laman sosial.

Norhayati berkata, hantarannya itu mendapat maklum balas daripada segelintir wanita tetapi kebanyakannya hanya mahu berkenalan saja.


MUSA bersama isteri pertama, Norhayati (kiri) dan isteri keduanya, Nurfaidhatul di rumah mereka di Bandar Saujana Putra. FOTO Zulfadhli Zulkifli

"Memandangkan tiada yang bersungguh, saya hentikan pencarian kerana keluarga juga nasihatkan begitu dan tidak fikirkan soal itu sehingga suami berkenalan dengan seorang wanita iaitu madu saya kini.

"Suami ajak saya dan anak keluar bersama dengan madu (bakal isteri ketika itu) untuk berkenalan.

"Saya lihat dia wanita yang baik, malah boleh menerima anak. Jadi, tidak keberatan menerimanya sebagai madu cuma keluarga saja terkejut pada mulanya tetapi akur kerana tiada halangan daripada saya," katanya.

Menurut Norhayati, dia langsung tidak sedih malah teruja untuk hadir ke majlis perkahwinan suaminya dengan isteri kedua, Nurfaidhatul Idha Idris, 23, pada 26 Julai 2018.

"Masa majlis tak rasa apa sebaliknya saya duduk bersama di meja ketika mereka makan beradab. Keluarga madu juga melayan saya dan anak dengan baik, jadi semuanya berjalan lancar ketika itu," katanya.

Bagaimanapun, Norhayati tidak menafikan sulit untuknya menyesuaikan diri dengan kehadiran Nurfaidhatul kerana pada awalnya mereka tinggal serumah.

Katanya, perasaan janggal itu kemungkinan ada kerana masing-masing masih baru mengenali satu sama lain.

"Saya memang reda dan memberi izin suami berkahwin lagi cuma tak dinafikan, ada perasaan cemburu ketika awal perkahwinannya dengan isteri kedua.

"Bagaimanapun, apabila ada perasaan itu, saya terus beristighfar untuk membuang tanggapan negatif dan akhirnya emosi jadi stabil seperti sedia kala.

"Salah faham dalam perhubungan memang ada tetapi apabila ada rasa kurang senang, saya dan madu terus berterus terang supaya masalah antara kami tidak berpanjangan," katanya.

Sementara itu, madunya, Nurfaidhatul Idha yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital tidak pernah menyangka akan menjalani kehidupan rumah tangga poligami pada usia muda, namun menerima ketentuan takdir dengan reda.

"Mulanya memang tidak boleh terima, perasaan cemburu juga kuat mungkin kerana baru berkahwin dan ikutkan darah muda kerana saya masih belajar lagi ketika awal perkahwinan.

"Lama kelamaan, timbul keserasian di antara kami (dengan isteri pertama) dan saya sudah menganggapnya seperti kakak sendiri.

"Saya juga jadikannya rakan kerana bila ada masa, kami akan bersembang, masak bersama dan saya sayang kesemua anaknya seperti zuriat sendiri," katanya.

Disiarkan pada: Julai 23, 2021 @ 12:00pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ilmu berpoligami pulak eaa... X tawu pulak aku...

Sukati ampa lah, janji bukan laki aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:34 PM | Show all posts
tak salah bini tlg cari madu,sbb mdu tu manis
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 08:26 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 23-7-2021 10:34 AM
tak salah bini tlg cari madu,sbb mdu tu manis

madu dlm botol takper


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:52 PM | Show all posts
Indahnya kehidupan jika bisa berdamai sama madu, saya itu pengen banget kayaq ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 23-7-2021 09:52 PM
Indahnya kehidupan jika bisa berdamai sama madu, saya itu pengen banget kayaq ini

gi amik online class bahasa indon lagi sis..try harder pleaseeee..bunyi fake sgt indon chuols..tak bunyi mcm bahasa yg pelakon2 sinetron dok bercakap pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
impian bg setiap org lelaki
seronoknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:53 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 23-7-2021 10:26 PM
gi amik online class bahasa indon lagi sis..try harder pleaseeee..bunyi fake sgt indon chuols..tak ...

Indonesia itu gede banget Kakak, loghat daerah juga banyak Kakak. Saya asli Medan keturunan Melayu Deli. Bahasa pertuturan saya ndak mungkin mirip sama di sinetron Kakak.

Bisa baca di sini Kakak:

https://mforum.cari.com.my/forum ... ;page=3#pid72280171

https://mforum.cari.com.my/forum ... ;page=2#pid72279575
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg boleh trima poligami ade yg x..trpulang pda individu..cume kite byk tgok org poligami ade msalah je tpi ade gak yg poligami ok gak..so tgok mcmana suami tu handle kehidupan berkongsi kasih ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:04 AM | Show all posts
Mengarut betul perempuan gini...saja cari penyakit.esok lusa laki mati tak ke naya yg ke2 tu sebok nak berrebut harta tak seberapa.
Dah jadi mak tu dahulukan anak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 23-7-2021 10:53 PM
Indonesia itu gede banget Kakak, loghat daerah juga banyak Kakak. Saya asli Medan keturunan Melayu ...

ada2 je la jawapan ko ni..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 04:19 PM | Show all posts
memang tak laaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 04:46 PM | Show all posts

sama laa kita..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sharing Kon** secara halal menuju jannah..puiii lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.084226 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list