View: 981|Reply: 1
|
Semangat Melaka melonjak lepas benam Selangor
[Copy link]
|
|
Semangat Melaka melonjak lepas benam Selangor
ANTARA aksi pemain Melaka United dan Selangor FC. FOTO Melaka United
Melaka: Kemenangan 3-2 Melaka United ke atas Selangor FC dalam aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat Paya Rumput kelmarin membakar semangat pemain untuk memberikan terbaik dalam baki saingan liga musim ini.
Pengurus pasukan MU, Muhammad Akram Abdullah berkata, keputusan terbabit bukan ukuran sebenar kekuatan pasukan namun apa yang penting pemain berjaya menterjemah persembahan berkualiti sepanjang 90 minit perlawanan.
Katanya, walaupun sekadar aksi pemanas badan namun ia juga pengukur buat jurulatih membentuk tahap persembahan yang diharapkan sepanjang saingan selepas ini.
Menurutnya, dia lega seluruh pemain berjaya membuktikan kesungguhan dan keyakinan tinggi dalam aksi berkenaan untuk tidak menghampakan peminat dalam usaha memperbaiki kedudukan.
"Justeru saya yakin dengan apa yang ditunjukkan dalam perlawanan persahabatan menentang Selangor FC ini yang memberi isyarat jelas mereka sudah bersedia.
"Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi penyokong MU khususnya akan merasakan satu perubahan berbeza daripada pemain terutamanya dalam aspek serangan," katanya.
Apapun, dia menganggap kemenangan itu memberi gambaran positif menjelang aksi menentang Sri Pahang Ahad ini di Kuantan.
Gol kemenangan MU dalam perlawanan berkenaan dihasilkan menerusi Sony Norde pada minit ke-9 dan Giovane Gomes da Silva (m- 16 dan 29), sementara gol lawan menerusi Ifedayo Olusegun m-63 dan Nik Sharif m-87.
Sementara itu, pengendali MU, Zainal Abidin Hassan berkata perlawanan berkenaan penting untuk mengukur tahap keupayaan pemain dan persefahaman pasukan.
Justeru, dia akan mengunakan kesempatan kem latihan berpusat 2.0 ketika ini untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti menjelang aksi berdepan Sri Pahang.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Friendly je ni...kalu main betul2 masak la |
|
|
|
|
|
|
| |
|